“Ada ahli perniagaan takut nak isi PADU, risau kantoi kahwin dua”

“Ada ahli perniagaan takut nak isi PADU, risau kantoi kahwin dua”

“Ada ahli perniagaan takut nak isi PADU, risau kantoi kahwin dua”. Terdapat pelbagai kebimbangan yang diutarakan oleh pihak yang enggan mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan digunakan untuk penyaluran semula subsidi bermula 1 April.

Walaupun kadar pendaftaran meningkat minggu lepas, masih ada pihak yang meragui kredibiliti sistem tersebut, terutamanya berkaitan dengan isu perlindungan data peribadi.

Namun, situasi berbeza bagi seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang, yang menolak untuk mendaftar dalam sistem tersebut kerana bimbang terdedah kerana perbuatan kahwin dua.

"Ada ahli perniagaan takut nak isi PADU, risau kantoi kahwin dua"

Seorang peguam bernama Ahmad Nizam Hamid, yang juga merupakan pengarah strategi Pakatan Harapan (PH) Pahang, berkongsi semula kisah yang mencuit hati itu dalam entri Facebook beliau hari ini.

Menurut keterangan, lelaki berusia 50-an yang tidak mendedahkan namanya itu berkahwin kali kedua dengan salah seorang pekerja secara rahsia sejak tiga tahun lalu.

“Dia berkahwin secara senyap di Perlis atau Terengganu, saya tidak pasti.
“Kerana di antara dua negeri tersebut, jika berkahwin kali kedua, tidak perlu meminta izin daripada isteri pertama.
“Dia bimbang untuk mendaftar nama isteri keduanya dalam PADU kerana takut isteri pertamanya akan mengetahui,” katanya.

Nizam bagaimanapun tidak memberikan sebarang nasihat, melainkan berkata, “Nantilah aku consult (runding dengan) Rafizi (Ramli) macam mana nak buat”.

Belum Jumpa Pil Berani

Sebelum ini, Nizam menulis di media sosial bahawa lelaki tersebut belum menjumpai “pil berani”.

Namun, Nizam enggan campur tangan dalam hal rumah tangga kenalannya yang rumit itu.

“Saya hanya mampu menjawab bahawa saya tidak mempunyai jawapan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberikan pendapat dan tidak boleh memberikan sebarang nasihat dalam perkara ini, tentunya sambil tersenyum kecil,” katanya di Facebook.

Nizam menyatakan bahawa hasil perkahwinan kedua lelaki tersebut dengan perbezaan umur sebanyak 20 tahun, dikurniakan dengan dua cahaya mata, manakala isteri pertamanya mempunyai empat orang anak.

Isteri kedua lelaki tersebut tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh, Pahang, namun isteri pertamanya tidak mengetahui tentang kewujudan madunya, walaupun mereka tinggal di daerah yang sama.

Isteri pertama berusia 40-an.

Pada kelmarin, Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) telah bersiap sedia sekiranya berlaku kebocoran maklumat.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, jumlah pendaftaran dalam PADU meningkat kepada 7.7 juta setakat semalam, berbanding 5.4 juta pada 17 Mac lalu, kira-kira seminggu yang lalu.

Baca Lagi:
Pemandu e-hailing cemas pelanggan minta hantar jenazah pukul 12 malam
Bulan puasa pun ada hantu?, jemaah lelaki tiba-tiba rebah ketika solat, dakwa nampak sesuatu sosok besar menghampirinya
Ramai yang tertanya-tanya apa akan jadi jika meter mileage kereta sampai 999999? Ini jawapannya
CATEGORIES