Kareena Kapoor dedah rahsia kenapa suaminya tak pernah tukar pakaian, suka pakai baju buruk berlubang

Kareena Kapoor dedah rahsia kenapa suaminya tak pernah tukar pakaian, suka pakai baju buruk berlubang

Kareena Kapoor dedah rahsia kenapa suaminya tak pernah tukar pakaian, suka pakai baju buruk berlubang. Pelakon Kareena Kapoor mendedahkan suaminya yang juga merupakan aktor Saif Ali Khan suka memakai baju yang telah berlubang ketika berada di rumaah.

Memetik laporan The Indian Express, Saif, 52, sememangnya suka mengenakan pakaian yang sama malah tidak pernah menggantikan pakaian selama lima tahun.

“Saif seorang yang baik hati, dia telah memakai sepasang seluar sama sejak lima tahun lalu. Dia tidak akan membeli baru sehingga saya tidak memberitahunya,” katanya.

Kareena Kapoor dedah rahsia kenapa suaminya tak pernah tukar pakaian, suka pakai baju buruk berlubang

Tidak hanya itu, Saif juga memiliki baju yang sudah berlubang dan dia tidak sedar tentang perkara itu kerana terlalu selesa memakainya.

“Saya pernah menegurnya kerana bajunya berlubang dan dia berkata tidak mengapa kerana menganggapnya sebagai satu gaya,” kongsinya.

Tambah Kareena, tiada siapa yang boleh mengubah penampilannya termasuk pereka gayanya kerana terlalu selesa dengan fesyennya sendiri.

“Tiada siapa yang boleh mengubah dia berpenampilan, dia sentiasa akan memakai secara bertentangan dengan yang dicadangkan pereka gayanya.

“Tapi pemilihan gayanya sentiasa mengenakan penampilannya sentiasa kena termasuk dalam memilih reka bentuk dalaman rumah mereka. Saya tak rasa sesiapa boleh menjadi Saif,” ujarnya.

Untuk rekod, Saif dan Kareena telah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baca Lagi:
Buaya gergasi di Selangor ‘Pak Itam’ mati, tiada lagi peneman pemancing udang
Surat terbuka Syada Amzah untuk ND Lala, “terima kasih membesarkan kami empat beradik”
Raya Jumaat ke Sabtu?
CATEGORIES