Surat terbuka Syada Amzah untuk ND Lala, “terima kasih membesarkan kami empat beradik”

Surat terbuka Syada Amzah untuk ND Lala, “terima kasih membesarkan kami empat beradik”

Surat terbuka Syada Amzah untuk ND Lala, “terima kasih membesarkan kami empat beradik”. Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai keretakan rumah tangga di antara pasangan Dato’ ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah Sarman sendiri, suaminya dipercayai telah beristeri baru. Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu juga difahamkan telah menfailkan penceraian di mahkamah.

Terbaru, adik Shila iaitu Syada tampil dengan surat terbuka kepada bapanya. Difahamkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana mereka tak dapat menghubungi bapa.

Surat terbuka Syada Amzah untuk ND Lala, "terima kasih membesarkan kami empat beradik"

Surat terbuka Syada Amzah untuk bapa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, tak ada foto bersama bapa mereka pada hari ini.

Ayah, tak ada foto ayah pada hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.

Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

Mewakili adik beradik yang saya ada (kakak, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami.

Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya.

Meskipun ucapan hanyalah ringkas, namun ianya cukup untuk meruntun hati sesiapa yang membacanya. Di ruangan komen, para pengikut termasuk rakan artis memberikan kata-kata semangat untuk Syada dan keluarga.

Baca Lagi:
Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k
Taska didakwa abaikan kanak-kanak dalam bilik isolasi diarah tutup sementara
TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana
CATEGORIES