Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta

Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta

Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta. Sebelum ini, pada 29 Januari lalu, Khairul Aming mendedahkan beliau bakal mengeluarkan produk terbaharu yang akan melengkapi Sambal Nyet Berapi.

Memerlukan Modal RM 2 Juta

Khairul Aming memaklumkan, Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memerlukan modal sebanyak RM2 juta bagi persiapan mesin serta pengubahsuaian kilang.

Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta

Menerusi hantaran lain, Khairul Aming mengharapkan agar orang ramai menyukai produk terbaharu itu.

Pada jumaat yang lepas, produk terbaharu pempengaruh media sosial itu iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam tiga minit.

Jualan Terpantas di TikTok Shop

Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta

Khairul Aming sebelum ini menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan produk berkenaan menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 80,000 unit.

Kita berjaya lakukannya. Jualan RM1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia. Dengan jumlah 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi terjual dalam masa tiga minit.

Saya bersyukur di atas segala sokongan yang diberikan sejak tiga tahun lalu. Terima kasih semua

Khairul Aming turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya dan pembeli kerana sentiasa menyokongnya selama tiga tahun dalam bidang tersebut.

Kak Ogy Turut Berbangga

Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta

Atas kejayaan itu, pelakon dan pengarah versatil, Fauziah Ahmad Daud turut memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya mengenai kejayaan Khairul Aming itu.

Kamu memberi inspirasi kepada saya. Contoh teladan yang bagus dan merendah diri.

Tahniah En. Khairul Aming. Terus maju dan sukses Kak Ogy doakan ya.

Amat bangga dengan pencapaian En Khairul. Alhamdulillah.

Tulisnya, dia sangat berbangga melihat kejayaan Khairul Amin dan menjadi inspirasi buat Kak Ogy. Malah Kak Ogy juga turut mendoakan agar Khairul Aming semoga terus maju dan berjaya.

Baca Lagi:
Sarjan polis miliki wang tunai RM3,313 dalam kereta ketika buat ‘road block’
Menyedihkan kisah pemuda meninggal dunia selepas cabut 2 batang gigi
Jadi tanda tanya, orang awam bingung macam mana boleh ada buaya di kawasan sawah padi
CATEGORIES