Sarjan polis miliki wang tunai RM3,313 dalam kereta ketika buat ‘road block’

Sarjan polis miliki wang tunai RM3,313 dalam kereta ketika buat ‘road block’

Sarjan polis miliki wang tunai RM3,313 dalam kereta ketika buat ‘road block’. Sarjan polis diambil tindakan selepas didapati memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 ketika mengadakan sekatan jalan raya di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, wang tunai itu ditemui oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang menjalankan pemantauan.

Sarjan polis miliki wang tunai RM3,313 dalam kereta ketika buat 'road block'

“Saya mengesahkan pemeriksaan itu dijalankan pihak JIPS di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan Op Alkohol di sini.
“Pemeriksaan dijalankan pasukan JIPS mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 dan juga RM404 tunai yang ditemui di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sumber wang tunai terbabit membabitkan unsur rasuah atau pun tidak.

Katanya, kesemua anggota terbabit kini sedang disiasat dan akan dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai.

Baca Lagi:
Wanita ini kongsi cara dapatkan kerja di Arab Saudi, ingatkan susah, rupanya senang je
“Aku nak ambil barang dalam bilik, terkejut nampak langsir bilik kembung, bila diselak rupanya ada ‘betina’”
Siapa sebenarnya Ustaz Mohamad Auni ni? Ini biodata penuh yang ramai tak tahu
CATEGORIES