Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital. Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Menurut Malaysiakini, laporan polis yang dibuat pada Ahad lalu, Taib dilaporkan ketika itu, sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital

Taib kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan diusung keluar dari hospital dan dibawa menaiki sebuah kenderaan.

Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan telah dibuat pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata dalam satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Mengikut laporan polis kedua, tiada seorang pun daripada adik-beradik atau empat anak Taib dimaklumkan tentang kedudukan semasanya dan keadaan kesihatannya terkininya.

Taib pernah berkhidmat sebagai ketua menteri keempat Sarawak dari 1981 hingga 2014, sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh bermula 2014, dan sepatutnya kekal memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

Bagaimanapun, tempohnya disingkatkan dengan pelantikan bekas presiden Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar bulan lalu.

Tempoh beliau sebagai gabenor bagaimanapun dipendekkan dengan pelantikan bekas presiden Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar bulan lepas.

Baca Lagi:
Jadi tanda tanya, orang awam bingung macam mana boleh ada buaya di kawasan sawah padi
Sejarah penciptaan payung terjun yang ramai tak tahu, rupanya idea dari seorang pelukis
Kenali kerabat diraja Johor, inilah wajah-wajah anakanda YDPA ke-17 dan Permaisuri
CATEGORIES