JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat

JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat

JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuat tawaran lelongan sebanyak 44 buah kenderaan yang telah dilucut hak bermula Isnin depan.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, pembida kenderaan tersebut merupakan individu yang sudah membeli dokumen lelongan pada 6 hingga 15 Disember tahun lalu.

JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat

Sebuah MPV jenis Honda Odyssey yang mendapat bidaan harga RM30,600 akan dilelong di Pejabat JPJ Kelantan di Kota Bharu, Isnin depan. FOTO IHSAN JPJ

Menurutnya, setakat ini, tawaran sebut harga paling tinggi dianggarkan bernilai RM30,600.
“Daripada jumlah itu,sebanyak 19 buah kereta, motosikal (19 buah) masing-masing dua buah lori, treler dan sebuah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Sebanyak 16 kenderaan boleh didaftar, manakala 28 buah lagi dikategorikan sebagai sekerap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini

JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat

Menurut Mohd. Misuari, kesemua kenderaan itu telah dipamerkan untuk pemeriksaan awam di Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu, Stesen Penguatkuasa (SPK), JPJ Bukit Jawa (Pasir Puteh), SPK Labok (Machang), SPK Laloh (Kuala Krai), SPK Bukit Bunga (Tanah Merah) dan SPK Kuala Balah (Jeli).

Baca Juga : 

Sebab kenyataan ini, harga emas dan perak menjunam

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

CATEGORIES