Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi. Seperti yang semua sedia maklum, kumpulan k-pop terkenal, Blackpink baru saja mengadakan konsert di Malaysia pada hujung minggu lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penganjuran konsert tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen, ada yang menyukainya dan ada pula yang membantah konsert itu diadakan di Malaysia kerana budaya yang dibawa bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Konsert Blackpink jana ekonomi negara – Sajat

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

Walau bagaimanapun, tular semalam satu video memaparkan usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat mengulas mengenai isu konsert Blackpink di TikTok.

Menurut Sajat, penganjuran konsert kumpulan k-pop tersebut di negara ini merupakan satu pelaburan kerana penonton yang hadir ke konsert berkenaan bukan saja datang dari Malaysia tapi dari negara-negara lain seperti Thailand dan Singapura.

You kena faham juga konsert tu pula bukan bagi keuntungan pada Blackpink 100%, (ia juga beri keuntungan) kepada kita punya sektor pelancongan. Orang-orang luar (seperti) Brunei yang mana excited tengok Blackpink tu akan turun Malaysia.

“Benda ni you anggap this is business, this is business.This (is) call tourism. Cuti-cuti Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, kalau tak ada acara hiburan di sesebuah negara, takkan ada pelancong yang datang ke negara kita.

“Dia dapat negara ini masa tengah konyok”

Dalam pada itu, Sajat juga dilihat menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya sedang berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Oo sekarang ni Anwar tak buat apa-apa, ya Anwar dapat negara ni masa dia tengah konyok. Dia dapat negara pun dalam keadaan yang nyawa-nyawa ikan.

“Takkanlah you alls hanya bagi dia setahun, oo apa yang dia buat, apa yang dia buat… Nok kau tak nampak ke sekarang ni, inilah permulaan… sebab tulah ada konsert.

“Sedikit demi sedikit… bukan yang korang bagi dia jadi pemimpin semuanya akan back to normal, tak! Semuanya memakan masa. Paling tidak pun paling minimun dua penggal, 10 tahun,” katanya.

@sajatperempuanfuh KONSERT ARTIS LUAR ADALAH INVESTMENT UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral ♬ original sound – SajatNur

Video yang dikongsikan di TikTok itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji kebijaksanaan Sajat dalam mengulas mengenai hal tersebut.

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

Wah tak sangka Sajat bijak bab ekonomi ni!

Baca Lagi:
Cara mohon Bantuan Barangan Dapur RM300 sebulan untuk B40
Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas
‘Rupanya selama ini ramai yang tertipu Mamat kena ‘kick’ dari Sepah’, Jep dedah perkara sebenar yang berlaku..
CATEGORIES