20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri. Mayat seorang wanita menjadi makanan kepada 20 ekor kucing peliharaannya selepas dia rebah dan meninggal dunia di dalam rumah tanpa disedari oleh jiran tetangga, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Mangsa yang merupakan penternak kucing, sudah mati selama dua minggu sebelum ditemui oleh pihak berkuasa dengan separuh mayatnya dimakan oleh kucing baka Maine Coon gergasi kesayangannya.

Polis menemui sebahagian lagi mayat mangsa dikelilingi beberapa kucing lain yang kelaparan. Insiden tragis itu berlaku di Bataysk, Rusia.

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

Kematian mengerikan itu hanya disedari selepas seorang pekerja menghubungi polis apabila wanita itu gagal dihubungi.

Kucing Maine Coon umumnya memiliki sifat pasif dan digelar sebagai ‘gergasi lembut’.

Namun, kumpulan kucing comel itu bertukar agresif apabila tidak mendapat makan dan minum selama dua minggu sehingga terpaksa memakan daging mayat tuannya sendiri.

Beberapa kucing itu yang dirawat dan kembali sihat, kemudiannya dijual kepada pemilik baharu pada harga sekitar AS$38.86 (RM162.22).

Tidak diketahui sama ada pemilik baharu dimaklumkan bahawa haiwan peliharaan mereka pernah makan daging manusia.

Video tiktok

Baca Lagi:

‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan
Ramai terkejut rupanya Beto Kusyairy pegang tangan lelaki bukan tangan Diana Danielle, wanita dedah disebalik tabir buat poster IMAGINUR
Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang
CATEGORIES