Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram

Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram

Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram.

Selepas lebih 2 tahun tidak beroperasi akibat penangan wabak Covid-19, kini ramai pengunjung telah kembali ke pawagam bagi menonton filem terbaru kegemaran masing-masing. Namun baru-baru ini, sebuah panggung wayang di Indonesia jadi kecoh apabila seorang wanita tiba-tiba meracau ketika sedang menonton sebuah filem seram.

Wanita tiba-tiba meracau…mengilai ketawa & menangis pun ada

Bukan setakat mengilai ketawa dan menangis, malah individu terbabit juga menjerit-jerit dipercayai dalam bahasa Sunda. Kejadian tersebut menimbulkan rasa kurang senang para pengunjung lain, sekali gus memaksa pihak pawagam menghentikan tayangan filem itu buat sementara waktu untuk memeriksa keadaannya.

@callme.eca1 Serem bgt sampe di pause gt film nya😳 #horror #horrorstory #bioskop #ceritakita #GlycoPeelToGlow #KredivoSefleksibelItu #fyp #berandafyp ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Terus diiring keluar oleh staf pawagam…filem disambung semula tapi dengan lampu terbuka

Rentetan kejadian yang tak disangka-sangka itu, beberapa staf di pawagam berkenaan cuba menenangkannya tetapi gagal. Oleh itu, mereka akhirnya membawa wanita terbabit keluar daripada panggung wayang untuk urusan selanjutnya. Menurut pengguna TikTok @callme.eca1 yang berada di lokasi kejadian tersebut, tayangan filem kemudiannya disambung semula tapi dalam keadaan lampu pawagam terpaksa diterangkan.

@callme.eca1 Balas @callme.eca1 abis ini langsung dibawa keluar sama petugasnya guys, trus kita lanjut nonton tapi lampunya dinyalain 🥲 #horror #horrorstory #bioskop #fyp #bandung ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Kalau duduk kat situ, memang terus lari keluar…jika lemah semangat, tak elok tonton filem seram

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat individu tersebut mungkin lemah semangat sehingga diganggu apabila menonton filem genre sebegini. Malah ada yang turut akui akan terus lari keluar dari pawagam, jika kejadian sama berlaku di depan mata mereka.

Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram

Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram

Pihak pawagam terpaksa hentikan tayangan, wanita tiba-tiba meracau masa tonton filem seram

Baca Lagi:

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam boleh tengok Netflix, You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok” – Nik Amar

Tayangan ‘The Batman’ terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

Abang Long Fadil 3 bakal ditayangkan, pasti pecah panggung lagi

CATEGORIES