Pengorbanan besar pemandu lori ini terhadap isterinya yang lumpuh menyentuh hati ramai orang

Pengorbanan besar pemandu lori ini terhadap isterinya yang lumpuh menyentuh hati ramai orang

Pengorbanan besar pemandu lori ini terhadap isterinya yang lumpuh menyentuh hati ramai orang.

Pengorbanan besar pemandu lori ini terhadap isterinya yang lumpuh menyentuh hati ramai orang apabila sanggup membawanya ke mana sahaja.

Nie Jianwen, 39, dari Longnan, wilayah Gansu, barat laut China tidak meninggalkan isterinya, Cao Yingying termasuk ketika memandu lori kerana tanggungjawab terhadap wanita itu.

Cao Yingying mengalami pendarahan otak pada 2020 menyebabkannya lumpuh dan Nie memutuskan membawa isterinya ketika dia bekerja, memandangkan syarikatnya terletak di Shanghai yang beribu kilometer jauh dari kampung halaman.

Pengorbanan besar pemandu lori ini terhadap isterinya yang lumpuh menyentuh hati ramai orang

“Ketika dia masih sihat, isteri saya menguruskan segala-galanya di rumah dan melahirkan dua anak kami.

“Jadi, saya tak boleh mengenepikan dia apabila sakit dan saya akan rasa bersalah seumur hidup jika melepaskannya.

“Dua anak kami dijaga ibu saya yang berusia 76 tahun, sebab itu saya membawanya kerana tidak mahu menambah beban ibu,” katanya kepada China Youth Daily.

Nie berkata, dia sangat menghargai hubungan mereka kerana Coa ialah cinta pertamanya ketika mereka masih di sekolah menengah.

“Selepas Cao lumpuh, saya menguruskannya setiap hari termasuk membersihkan badannya dan menukar pakaian, malah membantunya bersolek.

“Cuma cabarannya apabila tiada kemudahan tandas, jadi agak sukar juga untuk saya membersih dan memandikan isteri,” katanya.

Nie tekad menambah pendapatan demi menaik taraf kenderaan yang lebih baik supaya isterinya lebih selesa apabila melakukan perjalanan jauh

Sementara itu, Cao berkata, dia bertuah dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Dia suka bergurau dan paling penting dia menyayangi saya,” katanya.

Baca lagi:

Isteri pukul suami sampai mati

Lelaki bakar pondok, pecahkan cermin kereta setelah gagal cari isteri

Wanita tak sempat pakai baju hanya pakai boxer suami selamatkan haiwan peliharaannya disambar helang, video mula tular

CATEGORIES