PRK Kuala Kubu Baharu: Pesara tarik diri jadi calon saat akhir

PRK Kuala Kubu Baharu: Pesara tarik diri jadi calon saat akhir

PRK Kuala Kubu Baharu: Pesara tarik diri jadi calon saat akhir. Keinginan seorang pesara, Chng Boon Lai untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak dapat direalisasikan kerana beliau tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Boon Lai tiba di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada jam 9.40 pagi tetapi terpaksa pulang dengan perasaan hampa selepas memutuskan untuk menarik diri pada saat akhir kerana gagal mengemukakan penyata perbelanjaan yang diperlukan.

Menurutnya, walaupun dia agak kecewa kerana tidak dapat bertanding sebagai calon Bebas, dia akur dengan keputusan itu kerana ia adalah disebabkan oleh kesilapan sendiri.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pesara tarik diri jadi calon saat akhir

“Tidak ada pilihan lain, saya terpaksa mengaku bahawa ini disebabkan oleh kesalahan saya sendiri (tidak memenuhi syarat yang ditetapkan),” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Beliau memberikan komen tersebut semasa merujuk kepada keputusan untuk menarik diri pada saat akhir kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh SPR.

Pegawai Pengurus PRK Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin pada Sabtu telah mengumumkan penerimaan empat borang pencalonan untuk PRK Kuala Kubu Baharu.

Calon yang terdiri daripada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao; Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut diikuti oleh Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Boon Lai sebelum ini turut bertanding sebagai calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang lalu untuk DUN Kuala Kubu Baharu.

Beliau sebelum ini merupakan ahli DAP namun meletakkan jawatan pada 2023 untuk bertanding sebagai calon PRM.

Boon Lai berkata, PRK kali ini tidak bertanding atas tiket PRM atas faktor mengambil keputusan mahu menjadi calon pada saat akhir.

Bercerita lanjut, beliau mahu menjadi calon atas rasa kekecewaan terhadap DAP yang memilih calon luar sebagai wakil Kerajaan Perpaduan berbanding calon tempatan.

“Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, mereka meletakkan calon yang sakit. Sekarang, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kami dimaklumkan terdapat lima calon tempatan dalam senarai awal, tetapi Kerajaan Perpaduan memilih calon dari luar.

“Saya tidak dapat menerima keputusan ini kerana calon yang dipilih adalah seorang yang baru bergabung dengan parti (DAP) dan hanya berada dalam parti kurang dari enam tahun sebelum menjadi calon, manakala orang-orang yang telah lama berkhidmat tidak diberikan peluang,” katanya.

Baca Lagi:
Khas untuk yang suka kentut, doktor ini dedah 5 sebab kenapa kentut bau busuk
“Kita semua dah sampai depan Kaabah”- Ramai sebak lihat video ustaz ini bawa jemaah cacat penglihatan berdoa depan Kaabah
“Cepat buat kerja habis rata semua”- Netizen puji DBKL roboh semua kedai warga asing di Pasar Chow kit
CATEGORIES