Tayangan ‘The Batman’ terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

Tayangan 'The Batman' terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

Tayangan ‘The Batman’ terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam. Pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan filem ‘The Batman’ terpaksa ditayang semula dari awal gara-gara kelewatan tetamu kenamaan (VIP) selepas 45 minit ditonton.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial, TGV berkata, insiden tersebut juga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tayangan kerana semua sesi filem akan berjalan mengikut masa berdasarkan jadual.

Tayangan 'The Batman' terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

“Kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk The Batman di TGV Vivacity,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook Fazillah Raduan yang berkongsi pengalaman menontot filem berkenaan berkata, filem itu telah bermula pada pukul 7.12 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.

Dia berkata, seorang kakitangan kemudian masuk dan membuat pengumuman: “Kami akan memulakan semual filem itu dari awal ia ditayangkan semula dari awal, maaf atas kesulitan yang timbul,” katanya.

Ketika ditanya kakitangan itu apa alasan tayangan filem itu diulang semula, jawapan yang diberikan ialah disebaban beberapa pelanggan baru sahaja tiba.

Sehubungan itu, TGV turut menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas.Pengurusan rangkaian pawagam itu berjanji akan menyiasat insiden itu dengan lebih lanjut.

Baca lagi: 

Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok

Sukarelawan Ukraine terbunuh ditembak “dari jarak dekat” ketika hantar makanan ke tempat perlindungan anjing

Pekerja yang hebat, mampu cuci 50 pinggan dalam masa 10 saat

Leave a Reply

Your email address will not be published.