Wanita dilamar doktor Arab Saudi dengan mas kahwin RM450k

Wanita dilamar doktor Arab Saudi dengan mas kahwin RM450k

Wanita dilamar doktor Arab Saudi dengan mas kahwin RM450k.

Wanita yang berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara, Indonesia telah dilamar oleh seorang jejak dari Arab Saudi dengan mas kahwin bernilai RM 450,000.

Mereka akan bernikah pada Disember nanti dan kisah pasangan ini sekarang tengah tular di negara tersebut selepas keluarga ‘belah lelaki’ datang untuk merisik wanita itu di rumah keluarganya.

Wanita dilamar doktor Arab Saudi dengan mas kahwin RM450k

Bapa pengantin perempuan, Samsu berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu semasa mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China, lapor sumber.

“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.”

“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.”

Wanita dilamar doktor Arab Saudi dengan mas kahwin RM450k

“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya.”

Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan di kediaman keluarga perempuan yang terletak di Desa Montaha, Kecamatan Angata.

Dr. Ahmed yang berasal dari Jeddah perlu membuat proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta.

Baca Lagi:

Pernah viral dahulu mas kahwin selipar jepun, kini pasangan ini sudah bercerai kerana curang

Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab ‘status’ single mom (janda)

CATEGORIES