STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran. Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

STR Isi Rumah Fasa 3 : Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan:

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

STR Isi Rumah Fasa 3: Cara Semakan

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

STR Fasa 3: Ini cara semak status, tarikh bayaran & jumlah bayaran

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Baca Lagi:
Pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid
“Apa rasa wei?”- Kopi daun bawang ‘trending’ di China selepas kopi cili
“Suami perangai pelik, dah 16 tahun kahwin semua yang aku buat, dia akan buat balik, aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu”
CATEGORIES