Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX

Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX

Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX. Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap media antarabangsa yang mendakwa kononnya kerajaan akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang bulan depan dalam laporan yang sekadar memetik sumber tidak diketahui, sebagai tidak beretika.

Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.

“Saya dapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita dalam isu-isu politik yang tegas, maka ada media antarabangsa yang terus menyerang dari segi berita-berita yang negatif, umpamanya kasino. Ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai pada maklumat saya, tetapi dijadikan isu yang panas.

Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX

“Kemudian, isu penarikan subsidi pula. Walaupun ada perbincangan awal, tetapi tidak ada keputusan muktamad tarikh pelaksanaannya kerana kaedah itu harus diterangkan supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan demikian kepada pemberita pada majlis perjumpaannya bersama hampir 100 pemimpin masyarakat Permatang Pauh, dekat sini hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, beliau menerima prinsip kebebasan media, namun penulisan yang dibuat perlu beretika dan berlandaskan fakta.

Dalam hal subsidi bahan api, beliau mengulangi bahawa Kabinet belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Jadi bagaimana (media antarabangsa) pastikan sekian dan sekian (berita) yang tidak sihat. Prinsipnya, apa sahaja penyasaran subsidi bagi saya, (pastikan) tidak akan membebankan rakyat.

“Bila media antarabangsa ini mempermainkan atau memanfaatkan isu, perlu tengok fakta. Kena rujuk dasar, mana boleh sumber. Kalau kerajaan nak umum, kita bagi tahu dengan bagi notis, bukan nak rahsia,” katanya.

Kelmarin, media asing melaporkan Malaysia akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang Jun ini dengan memetik sumber rasmi dan industri.

Menurut laporan itu, harga diesel didakwa akan diapung pada kadar pasaran dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan akan disusuli dengan kenaikan berperingkat petrol dalam kadar runcit.

Baca Lagi:
“Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong..”
“Suami perangai pelik, dah 16 tahun kahwin semua yang aku buat, dia akan buat balik, aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu”
Rupanya begini bulu Dinosaur yang berusia 125 juta tahun
CATEGORIES