Datuk bandar benarkan pasangan ini kahwin tanpa seurat benang

Datuk bandar benarkan pasangan ini kahwin tanpa seurat benang

Datuk bandar benarkan pasangan ini kahwin tanpa seurat benang. Sebuah pantai di Itali akan membenarkan bakal suami dan isteri melangsungkan perkahwinan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor saluran berita CNN semalam.

Pihak berkuasa tempatan membenarkan penganjuran majlis perkahwinan tanpa berpakaian itu di Pantai Is Benas.

Datuk Bandar San Vero Milis, Luigi Tedeschi berkata, pihak berkuasa mendapat idea itu apabila sepasang kekasih dari Jerman menulis surat untuk bertanya sama ada mereka boleh berkahwin dalam keadaan tidak berpakaian di pantai.

Datuk bandar benarkan pasangan ini kahwin tanpa seurat benang

“Saya fikir kita hidup dalam masa yang sukar untuk kebebasan rakyat.
“Jadi, saya fikir kita perlu melakukan perkara untuk menunjukkan bahawa orang ramai adalah bebas. Kebanyakan orang mahukan kebebasan,” katanya.

Beliau yang menjadi datuk bandar sejak 2015 memberitahu CNN bahawa bahagian tengah pantai Is Benas sentiasa dikunjungi oleh golongan tidak sukakan pakaian.

Baca Lagi:
“Ayah bekas wakil rakyat, ketika aku berjaya di sekolah dan universiti, beliau tak pernah datang menyambut malah menghina aku lagi”
Rupanya begini bulu Dinosaur yang berusia 125 juta tahun
“Apa rasa wei?”- Kopi daun bawang ‘trending’ di China selepas kopi cili
CATEGORIES