Pakar jelaskan kenapa jangan kerap campur & tukar jenama minyak hitam pada kenderaan

Pakar jelaskan kenapa jangan kerap campur & tukar jenama minyak hitam pada kenderaan

Pakar jelaskan kenapa jangan kerap campur & tukar jenama minyak hitam pada kenderaan. Minyak enjin atau lebih dikenali sebagai minyak hitam merupakan pelincir kepada komponen dalaman enjin sesebuah kenderaan.

Penggunaan minyak hitam yang berkualiti dan tepat dapat menjamin jangka hayat enjin kenderaan lebih lama malah memberikan pengalaman prestasi yang lebih baik.

Bagaimanapun, pernah tak anda terfikir mengapa minyak hitam tidak digalakkan atau kerap ditukar gred, jenamanya atau dicampur? Tidak seperti minyak petrol kecuali (diesel).

Pakar jelaskan kenapa jangan kerap campur & tukar jenama minyak hitam pada kenderaan

Tambahan lagi minyak ini juga mempunyai gred, iaitu tahap kelikatannya pada setiap botol atau tong minyak yang tertera nombor dan abjad seperti 10W-40, 5W-40, 5W-30.

Ia menjadikan minyak ini perlu dipilih mengikut kesesuaian penggunaan.
Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian seorang pakar, Dr Aid Fawzal yang mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk menjawab isu menarik ini.

Katanya dalam satu hantaran di platform X, penggunaan minyak petrol boleh dicampurkan sama ada jenis RON 97 atau RON 95 atau jenis jenama.

Bagaimanapun, bagi minyak enjin adalah tidak baik untuk keadaan enjin sekiranya dicampurkan.

“Sebaik-baiknya, elakkan daripada campur jenis-jenis kelikatan (viscosity) berbeza. Juga elakkan campur-campur jenama atau gred walaupun kelikatannya sama.

“Petrol atau Diesel walaupun lain-lain gred dan jenama, bila dicampurkan akan bersatu, sebati dan ‘homogeneous’.

“Tapi minyak hitam (engine oil) tidak sebati dengan baik disebabkan dengan mencampurkan minyak hitam.

“Ini akan menjejaskan prestasi sifat pelinciran dan berpotensi mengurangkan keberkesanannya dalam melindungi komponen enjin,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, beliau tidak menggalakkan minyak hitam ini ditukar atau dicampurkan dengan jenis lain.

“Dalam keadaan terpaksa seperti tahap minyak hitam terlalu rendah dan perlu top-up, silakan. Cuma ada risiko menyebabkan tindak balas kimia,” jelasnya lagi mengenai kesan penggunaan minyak itu yang dicampurkan.

Maksud Huruf Pada Botol Minyak Hitam

Sebelum ini, Dr Aid Fawzal juga menjelaskan berkenaan dengan label pada nombor dan abjad minyak hitam.

Menurutnya, label pada nombor dan abjad hadapan merujuk kepada ketahanan sejuk minyak hitam itu. (W=Winter).

Sekiranya nombor itu semakin rendah, maka minyak hitam tersebut mempunyai ketahanan yang tinggi pada suhu yang rendah.

Manakala nombor pada belakang bermaksud ketahanan minyak hitam pada cuaca panas.

Jika nombor pada label botol semakin tinggi, bermakna semakin tinggi ketahanan minyak hitam itu dalam cuaca panas.

Tambahan lagi, sekiranya nombor di belakang tinggi, kelikatan minyak hitam juga akan menjadi semakin tinggi (lagi pekat). Manakala, jika nombor pada label belakang rendah, minyak hitam lagi cair.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Tular dakwaan kerajaan akan potong subsidi minyak menjelang bulan depan, ini jawapan tegas PMX
“Suami perangai pelik, dah 16 tahun kahwin semua yang aku buat, dia akan buat balik, aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu”
“Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong..”
CATEGORIES