Hanya ahli keluarga dan peguam boleh fail permohonan pengampunan Najib

Hanya ahli keluarga dan peguam boleh fail permohonan pengampunan Najib

Hanya ahli keluarga dan peguam boleh fail permohonan pengampunan Najib. UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, katanya, UMNO boleh memfailkan surat, petisyen atau kenyataan sokongan ditandatangani ahli-ahlinya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong permohonan Najib.

Hanya ahli keluarga dan peguam boleh fail permohonan pengampunan Najib

“Begitu juga orang ramai yang ingin membantah permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan dengan petisyen maya yang ada, individu yang menaja itu boleh memajukan bantahan berkenaan kepada permohonan.
“Tiada isu untuk berbuat demikian, tetapi mereka dengan sendirinya tidak boleh membuat permohonan, sebaliknya memajukan sokongan terhadap permohonan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon pertimbangan supaya Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata, MKT UMNO menerima memorandum daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap Pemuda dan Puteri.

Mereka memohon kepemimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden itu, yang disifatkan mempunyai banyak jasa kepada rakyat dan negara.

MKT UMNO juga sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Al-Sultan Abdullah berserta memorandum ditandatangani oleh seluruh kepemimpinan UMNO dari 191 bahagian.

Pengamal undang-undang, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, berkata petisyen pertama boleh dibuat seberapa segera yang dapat dilaksanakan oleh Najib selepas sabitannya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya permohonan pertama ditolak, petisyen buat kali kedua hanya dibenarkan apabila seseorang banduan sudah menyempurnakan tiga tahun daripada tarikh sabitan.

“Petisyen pengampunan itu perlu dikemukakan kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan iaitu Seksyen Dasar, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, di Putrajaya.

“Antara perkara yang akan dipertimbangkan dalam permohonan pengampunan itu adalah tempoh masa di mana banduan sudah menjalani hukuman,” katanya.

Baca Lagi:
“Dia sakit tu”, tular penumpang baring atas peha ketika memandu
Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum
Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar
CATEGORIES