Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar

Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar

Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar. Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan memberi amaran Malaysia bakal dilanda gempa besar sehingga 7 magnitud susulan siri gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

“Melihat kepada subduction zone (garis sesar besar plat bumi yang bergerak secara pugak) di Sumatera misalnya boleh berlaku gempa kuat sehingga 9.5 magnitud.”
“Bagi Malaysia pula, kawasan Semenanjung dijangkakan boleh berlaku gempa sehingga 6 magnitud sementara di Sabah boleh mencecah 7 magnitud,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar

Ujarnya, gempa bumi besar di Turkiye dan Syria tidak mempengaruhi berlakunya gempa di Malaysia tetapi gempa yang berlaku di Indonesia dan Jepun mampu mempengaruhi keaktifan Lingkaran Api Pasifik dan seterusnya menambah kemungkinan berlaku gempa di Malaysia.

Menurut Pakar Geologi Pusat Kajian Bencana Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Felix Tongkul pula, kebanyakan gempa bumi kuat di Malaysia tertumpu di beberapa lokasi di Sabah.

“Kejadian gempa bumi besar di Indonesia dan Filipina misalnya tidak menghasilkan pergerakan plat bumi yang signifikan untuk menghasilkan gempa bumi besar di Malaysia.”

“Tetapi gempa bumi yang kuat dari Indonesia dan Filipina yang terletak berdekatan Sabah (misalnya di kawasan Laut Sulu atau Laut Sulawesi) boleh mencetuskan pergerakan bumi di Sabah yang mungkin akan menghasilkan gempa bumi besar.”

Kata beliau lagi, hal ini disebabkan Sabah terletak pada plat bumi yang kurang stabil dan berdekatan dengan plat bumi tidak stabil dari Filipina.

Tambah Profesor Dr Felix, “Antara kawasan yang paling tinggi risiko gempa bumi berlaku ialah seperti di Lahad Datu, Kunak, Ranau dan Kudat.”

“Kawasan yang sederhana bahaya gempa bumi berlaku di Semporna, Tawau, Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Pitas.”

“Sementara kawasan yang rendah bahaya gempa bumi adalah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Telupid dan Tongod.”

Berikutan itu, Profesor Dr Azlan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi berdepan dengan bencana alam itu seperti melaksanakan reka bentuk bangunan kalis gempa.

“Semua bangunan perlu melaksanakan reka bentuk kalis gempa bumi menggunakan panduan Standard Malaysia yang telah diterbitkan pada tahun 2017. Kedua, pembinaan bangunan harus mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang telah ditentukan oleh panduan tersebut.”

“Seterusnya, bangunan yang telah dibina terutama yang lama dan yang penting seperti sekolah dan hospital, perlu dinilai semula kekuatannya sama ada boleh bertahan atau perlu dibaik pulih,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan pematuhan undang-undang reka bentuk gempa dan menghasilkan peta risiko gempa bumi bagi perancangan pembangunan pada masa akan datang dan persediaan untuk menghadapi bencana tersebut di kawasan mereka.

Menurut laporan, gempa berukuran 6 magnitud yang melanda Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015 dengan 18 orang menjadi korban adalah gempa bumi terkuat pernah melanda negara.

Baca Lagi:
Akak ni termenung di gerai tunggu pelanggan, tiba-tiba muncul pakcik minta nasi goreng selepas itu yang jadi..
Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam
Ini punca kenapa sperma lelaki Malaysia tidak berkualiti
CATEGORIES