Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum

Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum

Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum. Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berusia 33 tahun itu pada pukul 12.50 tengah malam, semalam.

Katanya, lelaki terbabit merupakan anggota dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang.

Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku Jumaat lalu pada pukul 5 petang ketika anggota tersebut bersama lima rakan lain sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sehingga kini anggota terbabit masih belum dijumpai,” katanya.

Baca Lagi:
Pakar beri amaran Malaysia bakal dilanda gempar besar
Akak ni termenung di gerai tunggu pelanggan, tiba-tiba muncul pakcik minta nasi goreng selepas itu yang jadi..
Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam
CATEGORIES