Cara semak ‘online’ keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

Photo of author

By Joe

Cara semak ‘online’ keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung. Kita sudah semakin menghampiri Hari Raya yang mana memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna jalan raya secara drastik. Jadi, anda sudah pasti mahu mengetahui cara semak online keadaan lebuhraya sebelum pulang ke kampung.

Dengan membuat perancangan perjalanan yang baik, anda boleh menggelakkan dari terjebak dalam kesesakan di samping tiba ke destinasi dengan lebih lancar. Kini anda boleh perhati keadaan semasa langsung menerusi CCTV yang dipasang di setiap lebuhraya.

Jadi, anda boleh tengok keadaan semasa pada jalan yang mahu digunakan sama ada berlaku kesesakan teruk atau pun berjalan lancar. Terdapat dua kaedah yang anda boleh gunakan untuk menyemak keadaan lebuhraya secara online.

Cara semak 'online' keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

Cara semak online keadaan lebuhraya sebelum pulang ke kampung

Laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia

1. Layari ke laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan klik di sini.

2. Pada menu Status Trafik Semasa, pilih lebuhraya yang anda ingin lalu untuk pulang ke kampung.

Cara semak 'online' keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

3. Kemudian klik pada Paparan penuh CCTV, lalu paparan CCTV terbaru dan live akan dipaparkan.

Cara semak 'online' keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

Laman Jalanow

1. Layari ke laman rasmi Jalanow dengan klik di sini.

2. Untuk mula menonton CCTV, anda boleh pilih lebuhraya yang dimahukan pada senarai tersedia.

Cara semak 'online' keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

3. Sebaik anda sudah pilih, ia akan memaparkan gambaran CCTV termasuk plaza tol yang biasa berlaku kesesakan.

Cara semak 'online' keadaan lebuh raya sebelum pulang beraya ke kampung

Perlu diingatkan, kedua-dua laman ini hanya menawarkan gambar yang dikemaskini selang beberapa minit sahaja. Maklumat tarikh dan masa dipaparkan di atas setiap CCTV tersebut. Anda tidak perlu risau kerana gambar yang disediakan adalah secara langsung.

Alternatif lain yang boleh anda dapatkan informasi sebelum berangkat ke kampung adalah dengan mendengar siaran radio yang kebiasaannya akan menghebahkan tentang status trafik di lokasi-lokasi utama.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat perancangan untuk pulang ke kampung dengan lancar. Selain itu, anda mestilah amalkan pemanduan berhemat supaya semua pengguna jalan raya boleh tiba ke destinasi dengan selamat.

Baca Lagi:
Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan
SPRM sita dua lagi akaun BERSATU
Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut