Pengutip sampah jumpa batu bernilai RM2.9 juta, rupanya ini fungsi dia yang buat harga cecah juta

Pengutip sampah jumpa batu bernilai RM2.9 juta, rupanya ini fungsi dia yang buat harga cecah juta

Pengutip sampah jumpa batu bernilai RM2.9 juta, rupanya ini fungsi dia yang buat harga cecah juta. Siapa sangka seorang pengutip sampah di Thailand menerima tuah selepas menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta).

Lelaki yang dikenali sebagai Surachit tidak menyangka batu yang dijumpainya adalah sejenis ambergris yang bernilai tinggi.

Pada mulanya, batu berwarna kelabu yang hanyut di pinggir pantai itu dikutip olehnya dan dibawa pulang ke rumah.

Pengutip sampah jumpa batu bernilai RM2.9 juta, rupanya ini fungsi dia yang buat harga cecah juta

Setibanya di rumah, Surachit mendapati batu itu mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Beliau kemudian memaklumkan kepada rakan dan saudaranya sebelum memeriksa dan membakar batu itu.

Batu itu mengeluarkan bau wangi selepas dibakar sehinggalah dimaklumkan bahawa ia adalah batu yang amat bernilai tinggi.

Pakar berpendapat, batu itu dikeluarkan oleh ikan paus, memandangkan saiznya yang terlalu besar.

Uniknya batu jenis ambergris ini adalah kerana ia sangat sukar diperolehi dan mampu bertahan sehingga 100 tahun serta digunakan sebagai bahan dalam minyak wangi.

Baca Lagi:
Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan
SPRM sita dua lagi akaun BERSATU
Wanita mengamuk WhatsApp cikgu ‘kenapa suruh anak saya cuci longkang?’
CATEGORIES