SPRM sita dua lagi akaun BERSATU

SPRM sita dua lagi akaun BERSATU

SPRM sita dua lagi akaun BERSATU. Dua akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysai (BERSATU) yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April lalu untuk tindakan lanjut.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sitaan ke atas dua akaun parti terbabit dibuat setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.

Menurut SPRM, tindakan sitaan dilakukan selepas akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu, mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

SPRM sita dua lagi akaun BERSATU

“Susulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan itu pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, penjelasan berkenaan adalah bagi menjawab laporan berita akhbar, The Edge CEO Morning Brief pada 19 April lalu, yang bertajuk, ‘Bersatu asks MACC why two accounts still frozen after 90 days’.

Difahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion, yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Namun, sehingga kini, kedua-dua pihak, sama ada SPRM atau BERSATU tidak mendedahkan nilai akaun milik BERSATU yang dibekukan sebelum ini.

Baca Lagi:
Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut
Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023
Wanita mengamuk WhatsApp cikgu ‘kenapa suruh anak saya cuci longkang?’
CATEGORIES