Bilal dari Terengganu didakwa cabul anak tiri 12 tahun

Bilal dari Terengganu didakwa cabul anak tiri 12 tahun

Bilal dari Terengganu didakwa cabul anak tiri 12 tahun. Seorang bilal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak tirinya.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal itu dengan cara meraba badan dan kemaluan mangsa.

Bilal dari Terengganu didakwa cabul anak tiri 12 tahun

Tertuduh juga menyuruh mangsa menggosok kemaluan tertuduh sehingga keluar air mani.
Perbuatan dilakukan di satu kawasan lapang di Jalan Kubang Parit, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu.

Perbuatan tertuduh terbongkar apabila mangsa melaporkannya kepada guru sekolah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b ) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Ogos depan.

Baca Lagi:
‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa berdiri depan bank
Tragedi pesawat jatuh di Elmina bukan kali pertama, pernah berlaku tahun 1977 di tempat yang sama kejadian
Mesin ATM rosak keluar duit sendiri, orang ramai beratur ambil peluang cucuk duit walaupun tiada duit dalam akaun
CATEGORIES