Mesin ATM rosak keluar duit sendiri, orang ramai beratur ambil peluang cucuk duit walaupun tiada duit dalam akaun

Mesin ATM rosak keluar duit sendiri, orang ramai beratur ambil peluang cucuk duit walaupun tiada duit dalam akaun

Mesin ATM rosak keluar duit sendiri, orang ramai beratur ambil peluang cucuk duit walaupun tiada duit dalam akaun. Orang ramai di Ireland dilaporkan mengeluarkan sejumlah wang dari akaun mereka walaupun akaun mereka tiada baki selepas mendapati Bank of Ireland mengalami masalah teknikal, lapor The Sun.

Ralat yang berlaku dilaporkan telah membenarkan orang ramai yang mempunyai baki minimum untuk memindahkan wang mereka. Pindahan tersebut dilaporkan boleh dibuat sehingga 1,000 euro (RM5,062) menggunakan kad Revolut mereka.

Orang ramai telah dilihat beratur di ATM di seluruh negara kerana cuba untuk mengeluarkan wang tunai dari akaun Revolut mereka.

Mesin ATM rosak keluar duit sendiri, orang ramai beratur ambil peluang cucuk duit walaupun tiada duit dalam akaun

Pengeluaran segera wang tunai itu turut didatangi dengan amaran kerana orang ramai diingatkan bahawa tiada perkara percuma dan ia perlu dibayar balik.

Hasil tinjauan di media sosial, seorang berkata: “Hanya di Ireland sahaja bank utama membenarkan orang ramai mengeluarkan beribu-ribu euro yang mereka tidak ada.”

Sementara seorang lagi memberi amaran: “Walaupun bank Ireland kerugian wang malam ini, mereka akan membuat pulangan berlipat kali ganda dengan bayaran overdraf pada waktu pagi.”

“Esok orang akan mendapati akaun Bank of Ireland mereka menjadi negatif 1,000 euro selepas mengeluarkan wang yang mereka tidak ada,” tulis seorang lagi pengguna.

Sementara itu, The Irish Sun telah menghubungi Bank of Ireland untuk mendapatkan komen tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi.

Bank of Ireland berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan yang memindahkan wang melebihi had biasa akan didebitkan daripada akaun pelanggan.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan jika memindahkan atau mengeluarkan dana melebihi had biasa, wang pelanggan akan didebitkan daripada akaun pengguna.

“Kami sedar pelanggan mungkin tidak dapat menyemak baki, tetapi tidak seharusnya mengeluarkan atau memindahkan jika melebihi wang simpanan mereka,” kata kenyataan tersebut.

Kejadian itu berlaku selepas amaran dikeluarkan kepada pelanggan bank utama Ireland disebabkan masalah dengan aplikasi mudah alih. Ia turut melibatkan perkhidmatan dalam talian Banking 365.

Pelanggan Bank of Ireland tidak dapat mengakses akaun mereka menerusi aplikasi sejak 5 petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Bank of Ireland berkata mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Kami sedar bahawa pelanggan yang menggunakan aplikasi mudah alih dan 365 kami sedang mengalami kesukaran.

Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Baca Lagi:
Rupanya ini cara mudah keluarkan semut yang masuk dalam bekas gula, tak sampai sejam pun semua keluar
Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia, terletak di lereng bukit setinggi 120 meter
6 tahun bercinta, lamaran lelaki ini ditolak keluarga perempuan sebab asal Kelantan
CATEGORIES