
Tragedi pesawat jatuh di Elmina bukan kali pertama, pernah berlaku tahun 1977 di tempat yang sama kejadian
Tragedi pesawat jatuh di Elmina bukan kali pertama, pernah berlaku tahun 1977 di tempat yang sama kejadian. Nahas Pesawat Jatuh Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Pernah Berlaku Tahun 1977. Tragedi yang menimpa pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina semalam dipercayai bukan yang pertama kali berlaku di tempat tersebut, sebaliknya pernah berlaku sebelum ini di tempat yang sama.
Menurut sumber, insiden nahas tersebut pernah terjadi pertama kali pada 27 September, tahun 1977 di bandar Elmina yang melibatkan pesawat Japan Air Lines Penerbangan 715.
Difahamkan, insiden pertama kali itu telah mengorbankan 34 orang termasuk 26 penumpang dan lapan anak kapal, manakala 45 orang lagi terselamat daripada tragedi tersebut.
Berlaku semasa ribut petir di Elmina
Selain itu, tragedi pesawat itu terhempas di atas bukit semasa ribut petir di Elmina Estate. Pada masa itu, kawasan tersebut adalah ladang getah.
Sebelum menuju ke Singapura, pesawat McDonnell Douglas DC-8, dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya singgah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo
Memetik laporan, pesawat itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura, serta singgah di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong.
Dalam pada itu, difahamkan dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.
Pesawat itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang.
Susulan itu, pesawat itu rosak teruk disebabkan impak hentaman, namun tiada kebakaran yang direkodkan.
Untuk makluman, pada masa itu, nahas pesawat tersebut merupakan nahas penerbangan kedua yang berlaku di Malaysia, sehingga satu lagi pesawat nahas melibatkan Malaysia Airline System Flight 653 pada tahun yang sama dengan kematian sebanyak 100 orang direkodkan.