Bapa campak 3 anaknya dan turut terjun sekali bunuh diri di MRR2

Bapa campak 3 anaknya dan turut terjun sekali bunuh diri di MRR2

Bapa campak 3 anaknya dan turut terjun sekali bunuh diri di MRR2.

Seorang lelaki warga Myammar bertindak kejam dengan mencampak tiga anaknya menyebabkan dua daripadanya terbunuh dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong di sini awal pagi tadi.

Lebih tragis apabila lelaki berusia 38 tahun itu turut terjun ke lebuh raya berkenaan dengan ketinggian kira-kira 20 meter menyebabkan dia turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima laporan kejadian lebih kurang pukul 5.50 pagi daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdapat seorang lelaki mencampak tiga orang kanak-kanak dari atas lebuh raya.

Bapa campak 3 anaknya dan turut terjun sekali bunuh diri di MRR2

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiga kanak-kanak dipercayai berbangsa Myanmar terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dan dua kanak kanak lelaki telah dicampak dari atas lebuh raya.

“Lelaki yang juga bapa mereka berusia 38 tahun itu turut terjun dari atas lebuh raya yang sama dengan ketinggian lebih kurang 20 meter dari lokasi dia ditemui,” ujar dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan makluman saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut didapati berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

“Saksi telah menghampiri lelaki tersebut namun, secara tiba-tiba dia dikatakan mencampak anak yang dikendong dan dipimpinnya dari atas lebuh raya sebelum dia turut terjun,” ujarnya.

Jelas beliau, kesemua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya, lelaki tersebut dan dua anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

“Manakala seorang lagi anaknya yang berusia lima tahun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Pemuda ini dedah ada ‘ular disebalik batu’, patutlah KJ bersunguh-sunguh pertahan GEG

Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani

CATEGORIES