“Macam air terjun”- Pejabat JPJ di Wangsa Maju banjir

“Macam air terjun”- Pejabat JPJ di Wangsa Maju banjir

“Macam air terjun”- Pejabat JPJ di Wangsa Maju banjir. Semalam, sebuah video yang tular di TikTok menunjukkan kaunter Bahagian Pelesenan Pemandu di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur (KL) di Wangsa Maju yang dipenuhi air.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahagian siling pejabat itu bocor, dan air mencurah-curah turun sehingga mengenai peralatan elektronik seperti mesin cetak dan komputer, serta dokumen-dokumen yang terdapat di bahagian tersebut.

Tak cukup dengan itu, lantai pejabat dilihat ‘banjir’ hingga menyebabkan beberapa staf terpaksa berjalan di atas air yang bertakung.

"Macam air terjun"- Pejabat JPJ di Wangsa Maju banjir

Bahagian Pelesenan Pemandu akan ditutup sementara. Susulan insiden tersebut, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, menyatakan bahawa Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ di Wangsa Maju, yang terjejas akibat kebocoran siling bangunan, akan ditutup sementara untuk kerja pemulihan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya masih menunggu laporan daripada JPJ Kuala Lumpur mengenai kejadian tersebut.

JPJ Kuala Lumpur sedang menyediakan laporan termasuk kerosakan dan akan menghantarnya kepada Ibu Pejabat JPJ esok.

“Tindakan pembaikan akan dilakukan segera dengan hanya tempat yang terjejas ditutup sementara, manakala bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.

Kami akan memastikan perkhidmatan di bahagian yang terlibat tidak terjejas dan akan berjalan seperti biasa,” jelasnya.

Sementara itu, video yang tular di platform TikTok telah menarik perhatian netizen yang bimbang akan kesan insiden ini terhadap perkhidmatan JPJ di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, diharapkan kejadian serupa tidak berulang lagi.

@jompinjam.com #JPJ #Wangsa #Maju #Malaysia #Banjir ♬ original sound – JomPinjam.Com

Baca Lagi:
Menabung hasil jualan selama 3 tahun, penjual apam balik beli sebuah rumah guna duit syiling
Dipercayai asid yang sangat kuat, kenali apa itu ‘asid sulfurik’ dan kesan jika terkena pada kulit manusia
Majikan bunuh diri, pembantu rumah terkejut dapat warisi harta majikan bernilai hampir RM13 juta
CATEGORIES