Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk.

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki mendakwa kekasihnya kantoi curang menerusi siaran langsung yang ditontonnya ini. Pemuda bernama Fernand dari Indonesia itu memberitahu semuanya kantoi apabila dia sedang menonton sebuah perlawanan bola sepak yang ditonton secara langsung di rumah.

Menerusi siaran yang ditontonnya itu, dia melihat kelibat teman wanitanya bersama-sama lelaki lain di stadium tersebut. Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memuat naik perkongsian di Facebook dengan gambar kekasihnya yang dilihat duduk di atas riba seorang lelaki.

Menurutnya, wanita yang berada di dalam gambar itu merupakan kekasihnya yang sedang bermesra dengan lelaki lain. Dia mengakui berasa terkejut apabila jurukamera merakamkan gelagat teman wanitanya yang berada di kerusi penonton bersama lelaki yang tidak dikenalinya ini.

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Fernand kemudian berkongsikan paparan gambar terbabit di media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada page di Facebook itu yang menayangkan perlawanan bola sepak tersebut secara langsung. Dia memberitahu sekiranya tiada siaran langsung itu, pastinya dia juga tidak tahu teman wanitanya itu curang dan mempunyai kekasih hati yang lain.

“Hasil dari tadi saya bisa mengetahui bahawa pacar saya sedang menonton persik bersama pria lain…”

Video yang dimuat naik di Tik Tok itu juga kini menerima lebih dari tujuh juta tontonan setakat ini. Walaupun ada yang meragui kesahihan kejadian itu, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu untuk meneruskan hidupnya selepas apa yang terjadi.

“Selamat anda terselamatkan.”

Tengok bola secara 'live', pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

“Walaupun pedih tapi kau beruntung bro.”

Tengok bola secara 'live', pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

“Alamak kantoi.”

Tengok bola secara 'live', pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

“Beritanya langsung dari tv ya.”

Tengok bola secara 'live', pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Baca Lagi:

Pemuda ini dedah ada ‘ular disebalik batu’, patutlah KJ bersunguh-sunguh pertahan GEG

Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani

Lelaki tular khayal, hisap gam sambil tunggang motosikal dicekup polis

CATEGORIES