Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani

Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani

Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani.

Satu serpihan besar roket SpaceX milik lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk tertusuk ke dalam tanah milik seorang petani di Snowy Mountains di negeri New South Wales, Australia baru-baru ini.

Objek berukuran tiga meter itu ditemui di selatan Jindabyne, selepas seorang petani, Mick Miners melakukan siasatan selepas dentuman kuat yang didengari oleh anak perempuannya.

Serpihan besar roket SpaceX milik Elon Musk tertusuk di tanah seorang petani

Sehubungan itu, seorang pakar ruang angkasa Universiti Nasional Australia, Brad Tucker memberitahu hos radio Ben Fordham dia kemudian dipanggil untuk menyiasat penemuan itu.

Tucker berkata, bahagian itu telah berada di angkasa lepas sejak November 2020 dan mula menyahorbit.

Menurutnya, serpihan itu pastinya sampah angkasa lepas yang merupakan sebahagian daripada komponen SpaceX Crew-1.

Agensi Angkasa Australia kini mengendalikan serpihan itu kerana terdapat protokol undang-undang, tambahnya.

Baca Lagi:

Kepala tertusuk sabit selepas jatuh dari katil

Elon Musk mahu angkut 1 juta manusia ke Marikh untuk jadikan bahtera Nabi Nuh moden

5 punca utama kenapa Elon Musk pilih Indonesia bukan Malaysia untuk melabur

CATEGORIES