Ayah mertua sakit tenat dibiar dihurung semut api, yang menyedihkan ibu mertua buat bodo je..

Ayah mertua sakit tenat dibiar dihurung semut api, yang menyedihkan ibu mertua buat bodo je..

Ayah mertua sakit tenat dibiar dihurung semut api, yang menyedihkan ibu mertua buat bodo je.. 18 tahun saya kahwin masih tak dikuriniakan zuriat. Habis mak mertua, ipar duai umpat sindir saya kerana manduI. Tapi ayah mertua sayangkan saya, suruh saya bersabar. Satu hari saya dapat tahu ayah mertua demam panas. Saya menangis lihat ayah mertua, dia cakap dengan saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca dan terima kasih admin kerana siarkan kisah saya. Saya Noraini, setiap kali saya membaca kisah – kisah yang dipaparkan dalam FB ini ia membuat jiwa dan hati saya amat tersentuh.

Pelbagai kisah dipaparkan, walaupun mungkin tidak satu pun sama dengan masalah yang sedang saya hadapi, tetapi hati saya terasa amat pilu dan pedih bagaikan dihir1s sembilu. Benar kata orang, cuma mereka yang tidak pernah diIambung ombak badai di lautan kehidupan sahaja yang tidak akan tahu dan dapat merasakan betapa tersiksanya jiwa bila diri menjadi buah mulut dan perbicaraan ramai terutama mertua dan ipar lamai.

Ayah mertua sakit tenat dibiar dihurung semut api, yang menyedihkan ibu mertua buat bodo je..

Tetapi kepada wanita yang seangkatan saya setiap kisah yang dipaparkan turut menjeruk rasa dan setiap kali itu juga saya berdoa supaya masalah tidak akan terkena kepada saya yang sudah cukup teruk menanggung pend3ritaan.

Terus terang saya katakan saya cepat terasa apabila kisah yang dipaparkan menyebut tentang hubungan anak dengan ibu atau menantu dengan mertua. Kerana masalah itu saya rasa seakan sama dengan cerita saya, walaupun ceritanya lain, tetapi saya dapat rasakan mertua saya yang turut membaca kisah ini akan mengutuk saya.

Terutama apabila saya baca kisah suami yang hidupnya bagai lembu dicucvk hidung. Dia terp4ksa akur, taat, dan takut kepada isterinya. Bila membacanya saya segera muhasabah diri apakah saya seperti isteri tersebut? Kerana seingat saya, tidak pernah saya berkelakuan seperti itu kepada suami saya, Zamarul.

Saya sedar perbuatan isteri seperti itu akan dimurkai Allah terutama apabila dia sentiasa mendengar cakap isterinya hingga sanggup mendurh4kai ibu yang melahirkan, membesarkan dan membawa dia ke dunia. Saya tidak mahu hidup saya dimurkai Allah swt.

Dan saya tidak rela Zamarul menderh4kai ibunya. Saya berkahwin hampir 18 tahun. Hidup kami suami isteri cukup aman bahagia, namun yang menjadi masalah besar dalam hidup saya ialah kami masih belum dikurniakan walau seorang zuriat pun.

Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapat cahaya mata walaupun seorang namun Allah masih belum makbulkan doa dan usaha kami. Di awal perkahwinan, bermacam – macam umpatan dan sindiran kedengaran di depan mahupun di belakang semata – mata kerana belum hamil.

Kesalahan tu sudah pasti di letak di atas bahu saya. Umpama saya saja bersalah, kerana manduI. Namun mungkin sudah menjadi per4ngai saya ketika itu happy go lucky dan masih belum puas bermanja dengan suami, saya biarkan apa orang lain nak umpat kami.

Apa yang saya tahu Zamarul tetap sayangkan saya. Pernah satu ketika biras saya berkias sambil menyindir – nyindir saya depan Zamarul seolah – olah saya sudah tidak ada gunanya lagi, tak ada zuriat, maka dia menyuruh Zamarul mencari isteri baru supaya boleh segera timang anak.

Apa dia fikir kalau tak dapat anak salah isteri seorang sahajakah? Isteri sahajakah yang manduI? Namun saya tak marah atau berkecil hati kerana kami bahagia, walapun ketika itu kami sudah tiga tahun kahwin, tapi dia baru setahun kahwin sudah melahirkan anak, dia bangga kerana dapat anak.

Saya tak kisah apa mereka nak kata atau sindir, saya tetap senyum walaupun saya menangis dalam hati tak siapa pun tahu. Walaupun Zamarul bergaji kecil dan saya pula tidak bekerja makan pun kadang kala berlaukkan ikan masin dan telur saja.

Tapi saya tidak pernah merunggut jauh sekali menceritakan kekurangan dalam rumahtangga kami, biarpun saya dibesarkan dalam keluarga orang senang. Abang dan kakak saya sendiri pun pernah memperIekehkan pekerjaan Zamarul apalagi kedudukan ekonomi kami yang sempit itu, namun saya tak meIawan apa juga pandangan mereka.

Sebaliknya saya hanya memperlihatkan kasih sayang antara kami berdua pada mereka yang saya rasa mereka ada kekurangannya. Prinsip hidup saya apabila berkahwin, saya mahu jadi isteri solehah serta menurut perintah Allah swt dan Nabi Muhammad saw atas apa jua yang telah mewajibkan kepada kita h4mbaNya.

Dan saya mahukan kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang suami serta keluarga. Semua perasaan kecil hati dan teriuka, saya buang jauh – jauh, hinggalah usia perkahwinan kami menjangkau 5 tahun. Nak jadikan cerita selepas 5 tahun, Zamarul berjaya membeli sebuah rumah teres yang agak selesa dengan harga murah.

Kami amat gembira kerana dalam usia perkahwinan yang masih muda kami berjaya memiliki rumah sendiri, walaupun dengan pinjaman kerajaan. Tetapi maIangnya berita gembira tu rupa – rupanya menjadi kud1s kepada ipar duai sebeIah Zamarul.

Kegembiraan kami menimbulkan perasaan marah, kecewa dan s4kit hati mereka. Kerana mereka sudah lama bekerja dan sudah lama berkahwin, tetapi masih tinggal di rumah berdekatan malah satu halaman dengan rumah mak Zamarul.

Mereka menyewa rumah – rumah mak Zamarul. Sejak itu rasa kecewa dan d3ngki mula menular menjadi peny4kit b4rah dalam hidup mereka. Dalam diam saya mula difitnah. Disebabkan mak Zamarul sememangnya sejak awal lagi tidak menyukai saya berkahwin dengan Zamarul mula membenci saya.

Hinggakan pakaian yang saya pakai menjadi umpatannya. Mulalah apa yang saya beli dalam rumah dituduh saya cuma menghabiskan duit anaknya. Paling sedih bila mereka mendakwa saya sentiasa berpakaian cantik dalam rumah, dan menurut mereka perbuatan saya memang hendak membebankan hidup Zamarul, sedangkan kebanyakan pakaian itu saya beli semasa belum berkahwin lagi.

Setiap kali saya cuba menerangkan yang sebenar, mereka tetap nafikan. Mereka lupa bentuk badan saya tidak pernah gemuk atau kurus, sudah pastilah pakaian lama saya masih muat pakai lagi. Bukan macam mereka sekali bersalin bentuk badan berubah pakaian lama tak boleh pakai lagi. Terp4ksa beli baru.

Kalau dihitung sejak 5 tahun kami berkahwin, tak sampai 10 pasang baju yang baru Zamarul belikan untuk saya. Tetapi mereka tak percaya. Hinggakan setiap kali saya pergi ke rumah mak Zamarul mereka menyindir saya. Ada saja tak kena di mata mereka.

Mereka tanya harga baju saya, tudung, kasut dan beg tangan saya. Tak sempat beritahu mereka mula mendakwa m4tilah Zamarul terp4ksa sediakan hiasan yang mahal – mahal untuk saya. Mereka juga tanya berapa gaji Zamarul. Peristiwa paling meny4kitkan hati dan sukar dilupakan, masa tu Hari Raya, emak beri saya barang kemas, seutas rantai emas, gelang tangan dan subang berlian.

Ketika saya pakai beraya ke rumah mak Zamarul, beliau mengh1na saya dengan nada keras sambil menyindir saya depan tetamu. Katanya saya suka berIagak macam orang kaya tapi ingatlah bila m4ti nanti saya cuma bawak kain kapan aja masuk kubvr.

Itu semua sudah lama saya tahu. Bukan niat saya nak menunjuk barang kemas, tetapi itu hadiah dari emak, kalau tak pakai emak saya pulak kecil hati, dipakai kena sindir mertua dan ipar duai, kerana mereka tak percaya barang kemas itu hadiah dari emak saya.

Waktu itu air mata saya mengalir macam empangan pecah, tak boleh ditahan – tahan lagi. Sampai hati mereka menyindir saya. Mereka tak tahukah berapa sangat gaji Zamarul, takat mana pendidikannya sampai sanggup menyediakan segala – galanya untuk saya kalau bukan dengan bantuan ibu bapa saya sendiri.

Keluarga Zamarul bukanlah kaya harta tapi kaya mengumpat, mengh1na dan suka cakap kasar. Tapi saya masih beruntung kerana mendapat ayah mertua yang baik hati. Walaupun saya sering diump4t, dih1na ayah Zamarul tetap sayangkan saya, sambil menasihatkan supaya bersabar.

Saya masih ingat lagi peristiwa yang tak dapat saya lupakan hingga kini. Iaitu di saat arw4h sedang s4kit tenat, kami dihubungi oleh salah seorang abang Zamarul mengatakan ayah sedang demam panas. Tanpa berlengah kami terus ke rumah mertua untuk melihat ayah.

Apabila saya menghampiri arw4h saya lihat tubuh ayah ketika itu dipenuhi semut api. Sambil membuangnya saya menangis kerana terlalu sedih. Saya keluar mencari emak Zamarul menceritakan apa yang saya lihat, tapi mak mertua saya buat – buat tidur.

Kerana keadaan ayah Zamarul agak tenat saya telefon doktor yang saya kenal minta beliau datang merawat ayah. Doktor menyuruh ayah segera dibawa ke hospitaI. Tetapi alangkah terk3jutnya saya apabila abang Zamarul dengan suara kasar marahkan saya kerana memandai – mandai bawa doktor datang.

Doktor yang merawat pun terk3jut menggeleng – gelangkan kepala kerana simpati dan terharu terhadap saya. Sebenarnya saya bukan memandai – mandai, pada siapa harus saya tanya dalam keadaan seperti itu, emaknya sedang tidur tak boleh dik3jutkan, abangnya entah di mana, sementara Zamarul tak pandai bertindak dalam saat – saat cemas, dia lebih mendiamkan diri, kerana sememangnya dia seorang pendiam.

Sedangkan saya dilatih oleh ayah sejak kecil lagi bagaimana menghadapi keadaan kec3masan dan ketika melihat orang sedang naz4k, walaupun kami orang bandar dan moden. Kami tak panik dan tahu bertindak segera. Namun saya rasa saya amat amat bernasib baik, kerana di antara mertua dan anak – anak arw4h, ketika saat – saat akhir hayatnya, saya seorang sahaja yang mengadap arw4h.

Beliau sempat tinggalkan wasi4t terakhirnya agar saya banyak bersama dan menjaga Zamarul dengan baik jangan bercerai walau apa pun terjadi. Tetapi tidak seorang pun anak – anaknya sempat berjumpa arw4h, walaupun mereka tinggal berdekatan begitu juga mertua saya.

Semenjak ayah Zamarul meninggaI dunia, tinggallah ibunya sendirian. Saya suruh Zamarul membawanya tinggal bersama kami. Hajat saya biarlah dia terhibur dan tidak kesunyian. MaIangnya dia masih tidak buang per4ngai buruknya yang suka mengumpat dan mengh1na saya yang masih belum dapat zuriat lagi dengan jiran tetangga yang sempat ditemuinya.

Pada beliau saya langsung tidak berguna kerana tidak ada zuriat. Katanya apa guna ada rumah tak ada anak? Sampai bila saya mesti bersabar? Kerana saya juga manusia, kesabaran mula terhakis, rasanya tidak ada guna beliau tinggal dengan kami kalau hatinya masih belum puas kerana saya tak ada zuriat.

Jadi biarlah dia tinggal dengan anak – anak cucunya tentu dia gembira. Niat saya menghantar emak Zamarul ke rumah anak – anak yang lain rupanya membawa masalah besar kepada kami. Kami diser4ng pada malam itu juga kerana meletakkan ibu di rumah mereka.

Kami diser4ng bertubi – tubi dengan panggiIan telefon. Zaharul dituduh anak derh4ka. Apa patut kami buat, ibunya tak suka duduk di rumah kami, mau ke rumah anak – anak lain, sedangkan anak – anak tidak menyukainya.

Saya tak mahu Zamarul dituduh anak derh4ka lagi, kerana tidak menjaga ibunya. Saya pernah suruh Zamarul kahwin lagi, mungkin boleh dapat anak, tetapi Zamarul marahkan saya. Saya sedih sepatutnya ibu mertua paling sesuai menjaga, menasihati dan membimbing anak – anaknya bertukar sikap sebaliknya dia jadi penghasut, pend3ngki.

Malah menjadi r4cun berbisa dalam hidup anak – anak cucunya. Walaupun saya tiada zuriat tapi saya ada maru4h. Hidup saya bukan berg4ntung pada kelahiran seorang anak tetapi pada Keredhaan Allah Swt.

Baca Juga : 

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

Shila Amzah tumbang lepas habis konsert solo di KLCC, kekasih dedah keadaan terkini

Lee Chong Wei menangis kerana Mew Choo

CATEGORIES