“Ditindas seperti orang tiada maruah”, Ibu Shuib dedah perkara sebenar kenapa anaknya tak berminat sertai Sepahtu Reunion Live. Baru-baru ini, perkongsian Jep Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik penjelasan mengapa sahabatnya, Shuib Sepahtu tiada dalam Sepahtu Reuinion Live (SRL) sekaligus menjawab pertanyaan netizen.
Bagaimanapun, ia tidak terhenti setakat itu apabila ibu kepada Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil bersuara untuk mempertahankan anaknya.
Menurut Salamiah, dia menyokong tindakan Shuib tidak lagi menyertai SRL kerana tidak sanggup melihat anaknya terus ditindas seperti orang tiada maruah.
Katanya lagi, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pelawak itu dilayan seperti sudah bersalah termasuklah diperli dan dimalukan oleh sahabat sendiri di bilik mesyuarat sedangkan belum dijatuhkan hukum.
Kata Salamiah lagi, anaknya tetap meletakkan jawapan pergi dari SRL disebabkan pihak Astro kerana masih menyimpan jawapan yang betul kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, Salamiah berkata apa yang membuatkan anaknya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangannya yang dikenali sebelum dia bergelar artis.
Salamiah berkata dia yang melihat kesedihan anaknya dan terpaksa melupakan minatnya demi mempertahankan maruahnya kerana ingin bekerja dengan tenang dan gembira.

Baca Juga :
Selepas Jep cerita hal sebenar, Shuib mula bersuara..