5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli. Biasanya makanan mahal ini bergantung kepada keunikan sesuatu makanan tersebut serta kualitinya.

Ini adalah makanan mahal yang anda patut tahu:

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

1. Durian Black Thorn

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

Pasti ramai yang menyangka durian ‘Musang King’ adalah durian yang paling mahal yang kita boleh dapati di Malaysia ini. Namun durian Black Thorn yang berasal dari Pulau Pinang dan dikatakan antara species yang terbaru ini adalah durian paling mahal.

Anda pasti tertanya-tanya mengapakah durian ini sangat mahal dengan harga yang mencecah RM110 sekilo? Ini kerana wajahnya yang unik kerana sedikit kehitam-hitaman di luar dan isinya yang amat enak di dalam.

2. Mangga Harumanis

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

Buah kegemaran rakyat Malaysia iaitu mangga adalah salah satu makanan yang termasuk dalam list ini. Tetapi, ini bukan mangga biasa. Buah mangga harumanis yang berasal dari negeri Perlis ini dianggap sebagai emas kerana harganya yang mencecah RM 40 sekilo.

Buah ini juga telah didaftar sebagai harta intelek kerajaan Perlis kerana jabatan pertanian di Malaysia ingin menjaga kualiti buah mangga harummanis ini.

3. Ayam Cemani

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

Ayam Cemani merupakan ayam termahal yang boleh didapati di Malaysia kerana keunikannya yang tidak ada pada ayam biasa. Ini kerana keseluruhan badan hingga ke tulang ayam cemani ini berwarna hitam.

Ayam cemani ini berwarna hitam kerana proses Fibromelanosis yang merupakan satu kejadian genetik yang sangat unik. Hasil daripada proses fibromelanosis ini ialah hyperpigmentation yang mengakibatkan ayam ini berwarna hitam.

Menurut sejarah zaman dahulu, ayam ini bukannya dijadikan sajian tetapi ianya merupakan haiwan perliharaan pembesar-pembesar diraja sebagai koleksi mereka.

4. Ikan Patin Muncung Sungai Pahang

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

Ikan patin muncung sungai pahang ini ialah ikan air tawar yang paling mahal dengan harga yang mencecah RM 280 sehingga RM 300 sekilo.

Ikan patin yang unik ini sangatlah mahal. Tapi, bagi pencinta ikan patin anda patutlah mencuba ikan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

5. Daging Wagyu Kobe

5 makanan paling mahal yang ada di Malaysia, no 5 tak semua orang mampu beli

Pasti ramai sudah tahu tentang daging ini kan? daging wagyu kobe ini hanya boleh didapati di restoran eksklusif sahaja kerana ianya merupakan daging khas diimport dan hanya diternak di wilayah Hyogo, Jepun sahaja.

Wa yang bermaksud Jepun dan Gyu pula bermaksud Lembu. Daging Wagyu kobe ini sangat mahal kerana ianya ialah baka lembu japanese black. Sepanjang hidup lembu tersebut, mereka hanya makan bijirin dan rumput yang datang dari wilayah di situ sahaja.

Baca Lagi:
MP Pas kantoi isi minyak bersubsidi RON95 di kereta Mercedes Benz E 300 yang harga cecah RM400k
Latar belakang Ustaz Wadi Anuar yang ramai tak tahu, rupanya…
Transgender paling cantik di Thailand sah kahwin dengan jutawan muda
CATEGORIES