Setiap hari bagi makan, rupanya lelaki ini gunakan separuh daripada gaji kerja parking kereta untuk beli makanan anjing

Setiap hari bagi makan, rupanya lelaki ini gunakan separuh daripada gaji kerja parking kereta untuk beli makanan anjing

Setiap hari bagi makan, rupanya lelaki ini gunakan separuh daripada gaji kerja parking kereta untuk beli makanan anjing. Seorang lelaki berkongsikan kisah dan perbualannya dengan mengenai seorang pemuda yang sering dilihat memberikan makanan kepada kucing dan anjing liar.

Insan berhati mulia.

Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik att ni setiap hari.

Setiap hari bagi makan, rupanya lelaki ini gunakan separuh daripada gaji kerja parking kereta untuk beli makanan anjing

Kerja jaga parking kereta di pekan Bukit Mertajam, separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.

Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia.

Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.

Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana? Saya tak akan pergi mana-mana atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka.

Tambahnya lagi kalau hari hujan, kucing-kucing dan anjing-anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup. Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka.

Allah mulianya hati hang att walaupun imej nampak biasa2 tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan.

Semoga urusan dan kerja pemuda ini dipermudahkan dan diberikan rezeki yang luas.

Baca Lagi:
Sufian Suhaimi sambut befday yang ke 31 tahun dengan kekasih baru, netizen perasan sesuatu di bajunya
MP Pas kantoi isi minyak bersubsidi RON95 di kereta Mercedes Benz E 300 yang harga cecah RM400k
Latar belakang Ustaz Wadi Anuar yang ramai tak tahu, rupanya…
CATEGORIES