Ramai tak tahu apa fungsi sebenar ‘petak 4 segi’ pada bumper kereta

Ramai tak tahu apa fungsi sebenar ‘petak 4 segi’ pada bumper kereta

Ramai tak tahu apa fungsi sebenar ‘petak 4 segi’ pada bumper kereta. Anda sedang menunggu lampu jalan bertukar menjadi warna hijau. Dalam penantian tersebut, kelibat sebuah kereta yang turut berhenti pada arah bertentangan anda.

Untuk menghilangkan kebosanan, anda pun mengamati rekaan hadapan kereta tersebut. Secara umumnya, muka hadapan kereta tersebut kelihatan elegan dan ‘macho’.

Akan tetapi, apabila anak mata anda pergi arah bawah bumper, terdapat dua petak kecil yang anda tak tahu apa sumbangannya kepada rekaan kereta yang kelihatan ‘garang’.

tow eye covers

“Hmmmm, apa fungsi letak benda alah ni. Macam tak perlu je, ke benda ni sensor?” anda bermonolog sendirian.

Setelah lama menunggu, akhirnya lampu isyarat bertukar kepada warna hijau. Sekali gus, sesi ‘menghakimi’ kereta juga turut berakhir.

Fungsi sebenar petak empat segi ini

Kadang kala, buah fikiran tersebut akan hadir secara tiba-tiba. Ada yang merasakan bahagian petak atau bulat kecil pada bahagian bumper adalah untuk menaikkan nilai estetik kereta semata-mata. Sebenarnya, bahagian petak atau bulat kecil yang berada di depan dan belakang kereta merupakan penutup mata tunda (tow eye covers).

Sebaik sahaja panel plastik kecil ini ditanggalkan (jangan risau, ia akan kembali ke tempatnya), anda akan melihat weld-nut, yang merupakan sebahagian daripada rasuk bumper kenderaan.

Melalui bahagian ini, anda boleh meletakkan mata tunda pada kereta anda. Selepas meletakkan mata tunda, kabel atau tali akan disambungkan pada bahagian tersebut.

Bahagian ini membenarkan kenderaan tersebut ditarik dengan mudah, tanpa memberikan kesan kerosakan terhadap bumper kereta.

Tidak semua situasi yang membenarkan membenarkan penggunaan bahagian ini

Ramai tak tahu apa fungsi sebenar 'petak 4 segi' pada bumper kereta

Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak dapat digunakan bagi tujuan tundaan dalam jangkaan masa yang lama.

Ia juga tidak boleh digunakan untuk menarik kenderaan yang tersangkut pada lumpur. Hal ini disebabkan, mata tunda yang diletakkan pada bahagian itu tidak dapat menampung daya yang besar.

Bahagian kecil ini direka adalah untuk menarik kenderaan dalam keadaan jalan yang tidak bermasalah serta dalam jangka masa pendek.

Selain itu, bahagian ini juga direka untuk menunda kenderaan yang masih mempunyai keempat-empat tayar dan dapat berputar dengan baik.

Anda tidak dapat menggunakan bahagian ini untuk menunda kenderaan yang sudah lama tersadai, yang mana tayarnya sudah kempis.

Sekarang anda tahu bahawa bentuk petak atau bulat pada bahagian bumper kenderaan bukanlah satu ‘seni berat’ ciptaan pereka kereta.

Jika anda merasa kurang jelas akan cara penggunaan mata tunda ini, anda boleh menghubungi mana-mana operator trak tunda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca Lagi:
Sufian Suhaimi sambut befday yang ke 31 tahun dengan kekasih baru, netizen perasan sesuatu di bajunya
MP Pas kantoi isi minyak bersubsidi RON95 di kereta Mercedes Benz E 300 yang harga cecah RM400k
Apa menu sarapan Siti Bainun setiap hari?
CATEGORIES