Transgender paling cantik di Thailand sah kahwin dengan jutawan muda

Transgender paling cantik di Thailand sah kahwin dengan jutawan muda

Transgender paling cantik di Thailand sah kahwin dengan jutawan muda. Baru-baru ini berlangsung perkahwinan seorang transgender yang juga selebriti terkenal di Thailand bersama seorang lelaki dari golongan elit yang merupakan ahli perniagaan yang kaya-raya.

Tema perkahwinan tradisional

Poy Treechada yang pernah memenangi pertandingan Ratu Tiffany dan Ratu Antarabangsa pada tahun 2004 berkahwin dengan Oak Bhavagha Hongyok di Phuket, Thailand. Pasangan sensasi itu telah melangsungkan perkahwinan mereka dengan mengikut tema tradisional kaum Peranakan.

Transgender paling cantik di Thailand sah kahwin dengan jutawan muda

Kostum perkahwinan kedua-dua pengantin pula mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Model terkenal itu dan pengantin lelakinya memakai pakaian perkahwinan tradisional tersebut yang menelan belanja kira-kira 20 juta baht (RM2.5 juta) untuk majlis yang hanya terhad kepada keluarga dan rakan terdekat.

Poy memakai gaun pengantin yang disulam dengan benang emas serta mengenakan perhiasan diri dari emas dan permata. Dia juga memakai mahkota bunga buatan tangan dengan emas tulen yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Kasut transgender tercantik itu pula dibuat oleh sebuah kedai lagenda yang terkenal dan diperbuat daripada kulit biri-biri Australia terbaik dengan rona emas asli, direka dan disulam.

Sekadar info, Oak adalah merupakan saudara lelaki kepada teman baik Poy. Pasangan itu telah mengenali antara satu sama lain selama 20 tahun dan kini Poy telah menjadi ahli salah satu keluarga paling terkenal di negara itu.

Baca Lagi:
‘Tak senonoh perangai’, wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam
Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta
Suspek skandal 1MDB dan SRC International dicekup selepas 6 tahun larikan diri
CATEGORIES