Pekerja pusat servis kenderaan maut tayar meletup

Pekerja pusat servis kenderaan maut tayar meletup

Pekerja pusat servis kenderaan maut tayar meletup. Seorang pekerja pusat servis kenderaan maut, manakala seorang lagi parah selepas tayar jentolak meletup ketika sedang diisi angin dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

“Bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga terkena kedua-dua mangsa mengakibatkan salah seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.

Pekerja pusat servis kenderaan maut tayar meletup

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, semakan mendapati kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun merupakan lelaki warga tempatan.

Katanya, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Siasatan sebelum ini mendapati kejadian terbabit telah ditularkan menerusi satu gambar kejadian berserta rakaman suara.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.

Pada Khamis, gambar dan rakaman suara berkaitan kejadian tayar meletup di sebuah pusat servis kenderaan di sini telah menjadi tular.

Baca Lagi:
“Kalau dengan anak, elakkan buat bunyi ‘shushh, shushh’ ketika dodoi anak” – Wanita kongsi kisah seram ketika dodoi anak tidur
Kenapa ramai wanita tertarik dengan suami orang?, Ini 5 sebab yang wajib korang tahu
“Kalau terlepas kedai makan pertama, jangan berhenti kedai kedua pula” – Kedai batu nisan dihias macam restoran raih perhatian ramai
CATEGORIES