2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai

2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai

2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai. Kenaikan harga barangan terutamanya melibatkan keperluan asas telah memberi kesan kepada peniaga dan juga pembeli.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang mana seorang individu berkongsi pengalamannya membeli dua bungkus nasi lemak tepi jalan pada harga RM40.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @han_aziz, dia mengatakan bungkusan pertama dikenakan caj RM18 iaitu lauk sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah.

2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai

Manakala bungkusan kedua, dia mengambil lauk ayam goreng, sambal sotong, rendang daging dan nasi tambah pada harga RM22.

@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling ♬ original sound – Han Aziz

“So macam mana guys. Renung-renungkanlah nasi lemak kita sekarang mahal. Okey bye-bye,” ujar Han Aziz.

Difahamkan nasi lemak berkenaan dibeli dari gerai di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menerusi video lain, dia telah membeli nasi lemak dengan lauk yang sama di gerai lain tetapi mendapat harga yang lebih berpatutan.

@han_aziz_ Replying to @saniimran200 sorry bang, mungkin saya terbeli kat kedai kayangan semalam. #nasilemakfamous #tamandanaudesa #tamandesa ♬ original sound – Han Aziz

Perkongsian video tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen mengenai harga nasi lemak itu. Ada yang beranggapan bahawa harga tersebut berpatutan dengan segala lauk yang diambilnya.

Namun, ada juga bersetuju dengan lelaki itu dan merasakan harga tersebut ‘cekik darah’ untuk nasi lemak tepi jalan.

2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai

2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai

Dalam pada itu, netizen turut meminta dia berpada-pada dalam mengambil lauk sekiranya mahu membeli makanan pada harga yang lebih murah.

Menerusi video berasingan, Han tidak percaya ramai yang ‘menormalkan’ harga sebegitu dengan mengaitkan harga bahan mentah mahal sedangkan ada peniaga yang bersetuju harga nasi lemak berserta lauk tersebut dirasakan agak mahal.

Apa pendapat korang pula?

Baca Lagi:
Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM
CATEGORIES