Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta

Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta

Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta. Bongkar sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah membabitkan nilai RM10.8 juta.

Itu antara kejayaan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan aktiviti sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisyen.

Menurut sumber, enam individu iaitu pengarah serta kakitangan syarikat pelancongan di enam syarikat ditahan SPRM dalam operasi khas di empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah.

Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta

“Keenam-enam suspek berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, petang semalam,” katanya.

Sumber berkata, sebuah syarikat terbabit dilantik sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket jemaah umrah. Bayaran ini bagi memastikanagensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.

“Sindiket ini dipercayai sudah menjalankan kegiatan ini sejak 2018 lagi. Dikatakan sebanyak 216,000 tiket diagihkan dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta,” katanya.

Tambah sumber berkenaan, baru-baru ini, timbul isu berhubung kenaikan harga tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah kerana terdapat sindiket yang memonopoli kuota tiket dan penjualan tiket dengan harga yang tinggi.

“Agensi-agensi pelancongan umrah terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah ini bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapatkan tempat duduk penerbangan. Ini adalah antara faktor kenapa harga tiket penerbangan umrah tinggi,” katanya.

Susulan itu, keenam-enam suspek kini ditahan reman selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Februari bagi siasatan lanjut.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan tersebut selepas pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan bahawa dijangka akan lebih ramai ditangkap bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:
Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat
Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM
Wanita ini tak menyesal berhenti kerja polis, selesa jadi bodyguard ahli perniagaan lelaki
CATEGORIES