Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM

Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM

Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM. Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Menerusi kenyataan dikeluarkan PKBM, Abu Samah yang juga presiden badan induk itu sejak 1990, tidak dicabar mana-mana ahli gabungan lain selepas borang pencalonan ditutup 12 tengah hari tadi.

Perkembangan itu menyaksikan Abu Samah secara rasminya menang tanpa bertanding pada pemilihan barisan kepimpinan tertinggi PKBM yang dijadualkan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 18 Februari ini.

Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM

Pada AGM itu, Yunus Ibrahim akan mempertahankan kerusi timbalan presiden berdepan saingan daripada Datuk Amarjit Singh Gill dan Mazlan Md Jail, masing-masing naib presiden PKBM pada penggal sebelum ini.

Jawatan naib presiden PKBM bakal menyaksikan pertembungan 10 penjuru untuk mengisi lima kerusi yang dipertandingkan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang juga Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) antara calon bagi jawatan itu dan bakal berdepan Amarjit Singh, Firdaus Arshad, Mohd Saiful Abdul Jalil, Nohazlee Md Zaki, Mohd Asri Abd Mubin, Mohd Yusof Abd Nasir, Muhammad Firdaus Dawod, Norazman Ab Samah dan Dr Za’im Ahmad.

Baca Lagi:
Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?
Orang ramai tidak perlu lagi bawa lesen memandu secara fizikal – JPJ
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
CATEGORIES