Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti

Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti

Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada dalam kalangan bekas pemimpin di peringkat bahagian yang melarikan ‘harta’ di pejabat parti, selepas tewas dalam pemilihan lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan secara terperinci identiti pemimpin dimaksudkannya itu, sebaliknya memberi alasan akan menceritakan lebih lanjut perkara itu di majlis bersesuaian.

Beliau bagaimanapun memaklumkan perkara itu sampai ke pengetahuannya selepas dikunjungi seorang pemimpin yang baru sahaja menerajui sebuah bahagian tanpa mendedahkan lebih lanjut identiti pemimpin terbabit termasuk bahagian yang diwakili.

Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti

“Saya tahu pemberita tahu bahawa saya sangat telus dalam perkara ini. Tetapi biarlah cukup saya beritahu terdapat perubahan apabila sesuatu jawatan dipegang tentunya pemegang jawatan lama yang menjadi pemegang amanah kepada pejabat lama, merasakan segala harta benda yang ada di pejabat itu milik dirinya.
“Maka apabila yang (kepimpinan) baharu datang mengambil alih (jawatan)…yang ada hanyalah pejabat kosong. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang lagi, tetapi biarlah saya bercerita nanti di majlis bersesuaian,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran kementerian itu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, hari ini

Menyingkap kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Zahid berkata walaupun sebaik mana perkhidmatan dicurahkan sepanjang tempoh lima tahun, ia belum memadai untuk menarik pengundi terutamanya pengundi baharu.

Beliau berkata, ada pihak yang memberikan ‘sedekah’ kepada pengundi bagi memenangi pilihan raya lalu, tetapi individu itu tidak sedar bahawa perbuatan terbabit sebenarnya salah kerana bermotifkan politik.

Tanpa memperincikan mana-mana nama atau parti, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan pihak berkenaan bahawa cukuplah mempergunakan agama untuk kepentingan diri.

“Jika ada pihak memberikan sedekah lebih banyak daripada sepatutnya – biar sedekah itu apa pun bentuknya – Namun apabila diberikan sewaktu pilihan raya, pasti ada motif politik.

“Walaupun wang diberikan tidak dianggap termasuk dalam hukum hudud, saya ingin menyeru pemimpin itu jangan bermain dengan fatwa, bermain ayat al-Quran, jangan bermain dengan hadis, jangan bermain dengan ijmak ulama, jangan bermain dengan qias.

“Berada di gelanggang politik mesti berpolitik secara rasional, bukan menggunakan agama, bukan memanipulasikan fatwa-fatwa untuk kepentingan diri sendiri. Lihat apa berlaku bahawa manipulasi yang dilakukan, gerakan taktikal yang dilakukan.

“Apa juga yang terjadi menyebabkan Allah SWT memberikan pengajaran kepada mereka biarpun mungkin jumlah mereka (kerusi) lebih besar daripada jumlah yang kita peroleh, hakikatnya yang kecil menjadi kerajaan dan yang banyak (kerusi) di pihak pembangkang. Itu adalah hukum Allah yang pasti (dan) terimalah akibatnya,” katanya.

Baca Lagi:
Jangan basuh telur selepas beli, ini penjelasan doktor
Kumpulan Dolla menyanyi di majlis Iftar, reaksi pelajar tahfiz di meja depan jadi perhatian
Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan
CATEGORIES