Sebab anak buat tumpah pengilat kuku atas pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa keluarkan duit ganti rugi RM5,593

Sebab anak buat tumpah pengilat kuku atas pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa keluarkan duit ganti rugi RM5,593

Sebab anak buat tumpah pengilat kuku atas pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa keluarkan duit ganti rugi RM5,593. Malang tak berbau buat penyanyi Tomok apabila terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.

“Saya bersama keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.
“Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899,” katanya.

Sebab anak buat tumpah pengilat kuku atas pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa keluarkan duit ganti rugi RM5,593

Tomok berkongsi kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Ahad.

Susulan kejadian itu, Tomok memaklumkan pihak pengurusan butik itu tidak membenarkan dia beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.

Mengakui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok berkata, dia membayar ganti rugi tersebut selepas pihak butik memberi diskaun terhadap semua pakaian yang rosak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini… selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.

“Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.

“Ujian nak raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya,” luahnya.

Baca Lagi:
Jangan basuh telur selepas beli, ini penjelasan doktor
Kumpulan Dolla menyanyi di majlis Iftar, reaksi pelajar tahfiz di meja depan jadi perhatian
Rusuhan baju Melayu RM1, ada yang cedera dan pengsan
CATEGORIES