Pusat Kargo KLIA terima bungkusan berisi bom, ‘Awas jangan campak nanti meletup ini bom’

Pusat Kargo KLIA terima bungkusan berisi bom, ‘Awas jangan campak nanti meletup ini bom’

Pusat Kargo KLIA terima bungkusan berisi bom, ‘Awas jangan campak nanti meletup ini bom’. Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang digegerkan dengan penemuan bungkusan dan nota amaran yang didakwa boleh menyebabkan letupan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang Khamis.

“Kami menerima panggilan daripada operator mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA.

Pusat Kargo KLIA terima bungkusan berisi bom, 'Awas jangan campak nanti meletup ini bom'

“Individu itu mendakwa satu bungkusan telah diimbas dan imej menunjukkan ia mempunyai bateri dan beberapa wayar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pengendali itu juga memaklumkan terdapat tulisan pada bungkusan yang memberitahu ‘Awas jangan campak nanti meletup ini bom’.

“Semakan mendapati bungkusan itu dialamatkan kepada seorang individu di Limbang, Sarawak.

“Kami segera mengerahkan Unit Anjing Pengesan (K9) ke tempat kejadian, dan ia tidak mengesan sebarang bahan letupan,” ujarnya.

Menurut Azman, pihaknya kemudian memanggil Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak mengikut prosedur operasi standard.

Jelasnya lagi, bungkusan itu berjaya dimusnahkan menggunakan unit robotik, dan tiada letupan berlaku.

“Kami kemudian meneliti bungkusan itu dan menemui komputer riba dan kabel pengecas di dalamnya.

“Kami juga membuat semakan dengan pengirim dan mengesahkan kandungan bungkusan itu adalah komputer riba,” katanya.

Baca Lagi:
Kisah pengorbanan lelaki ini buat ramai sebak, sanggup letak jawatan kerja sebab nak jaga ibu sakit
Rasa nak menangis, baru nak merasa beli baju raya lepas dapat sales RM1,300, suami tak kerja minta RM500 nak beli barang mancing
Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia
CATEGORIES