Universiti Malaya kena kecam berjemaah kerana jemput pensyarah pro-Israel datang bagi ceramah

Universiti Malaya kena kecam berjemaah kerana jemput pensyarah pro-Israel datang bagi ceramah

Universiti Malaya kena kecam berjemaah kerana jemput pensyarah pro-Israel datang bagi ceramah. Universiti Malaya (UM) telah menerima kritikan selepas mengundang seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley, yang telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang Pro-Israel.

Dalam satu kenyataan rasmi pada hari Khamis, UM menyatakan penyesalan dan memohon maaf kepada semua pihak atas kejadian ini. Pihak universiti juga telah mengambil tindakan segera dengan membatalkan sebarang program yang melibatkan penceramah asing tersebut.

Kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Bruce Gilley telah menjadi viral di media sosial, menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. UM menegaskan bahawa mereka sedang menyediakan laporan lengkap berhubung isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Universiti Malaya kena kecam berjemaah kerana jemput pensyarah pro-Israel datang bagi ceramah

Selain itu, universiti juga sedang meninjau semula prosedur dan garis panduan mereka dalam menjemput penceramah luar, termasuk pemeriksaan latar belakang serta kajian penilaian risiko profil media sosial individu tersebut. Langkah ini diambil untuk memastikan insiden serupa tidak berulang di masa akan datang.

UM juga mengecam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Bruce Gilley berkenaan aspek keselamatan semasa lawatannya ke Malaysia. Pihak universiti menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan melampau, serta mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam menyokong pendirian kerajaan yang menentang sebarang unsur berkaitan dengan Israel, UM mengesahkan komitmen mereka terhadap pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah.

Baca Lagi:
Selalu dihina oleh rakan, lelaki ini balik kampung tanam cili kini berjaya raih pendapatan RM40,000 sebulan
Motosikal rider Foodpanda melekat atas jalan yang baru disimen, netizen tak jadi nak kesian
Rasa nak menangis, baru nak merasa beli baju raya lepas dapat sales RM1,300, suami tak kerja minta RM500 nak beli barang mancing
CATEGORIES