Berita baik buat semua, KWSP perkenal akaun Fleksibel, pencarum boleh keluarkan simpanan bila-bila masa sahaja

Berita baik buat semua, KWSP perkenal akaun Fleksibel, pencarum boleh keluarkan simpanan bila-bila masa sahaja

Berita baik buat semua, KWSP perkenal akaun Fleksibel, pencarum boleh keluarkan simpanan bila-bila masa sahaja. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Katanya, pada tarikh kuat kuasa struktur akaun baharu iaitu 11 Mei 2024, Akaun Fleksibel ahli akan bermula dengan baki sifar.

Berita baik buat semua, KWSP perkenal akaun Fleksibel, pencarum boleh keluarkan simpanan bila-bila masa sahaja

“Bagaimanapun, ahli diberikan pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan yang ada dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini akaun dua) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.
“Tempoh bagi ahli KWSP yang ingin membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024,” ujarnya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, tujuan diberikan pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel adalah bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun itu tanpa perlu menunggu caruman baharu.

“Amaun yang akan dipindahkan adalah berdasarkan baki Akaun Sejahtera ahli semasa pilihan ini dibuat.

“Kaedah pindahan adalah mengikut dua pecahan iaitu pertama baki ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera manakala yang kedua baki dalam akaun sama adalah kurang dari RM3,000,” katanya.

Jelasnya, bagi RM3,000 ke atas, 10 peratus daripada baki dalam itu akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel, Lima peratus dipindahkan ke Akaun Persaraan dan 15 peratus akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

“Berbeza dengan baki akaun kurang dari RM 3,000 di mana Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

“Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000. Bagaimanapun, baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu lagi, tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera yang kurang dari RM3,000.

Baca Lagi:
Selalu dihina oleh rakan, lelaki ini balik kampung tanam cili kini berjaya raih pendapatan RM40,000 sebulan
Rasa nak menangis, baru nak merasa beli baju raya lepas dapat sales RM1,300, suami tak kerja minta RM500 nak beli barang mancing
Kisah pengorbanan lelaki ini buat ramai sebak, sanggup letak jawatan kerja sebab nak jaga ibu sakit
CATEGORIES