Kumpulan Dolla menyanyi di majlis Iftar, reaksi pelajar tahfiz di meja depan jadi perhatian. Baru-baru ini, tular video dilaman Twitter memaparkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil membuat persembahan menyanyikan lagu raya di sebuah majlis berbuka puasa.
Apa yang menjadi perhatian, pengguna Twitter itu berkongsikan video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz yang berada di meja hadapan.
Dapat dilihat, pelajar tahfiz itu dilihat berpaling daripada melihat pentas utama seperti kurang selesa melihat persembahan tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat persembahan tersebut kurang sesuai apatah lagi dengan kehadiran anak-anak tahfiz meskipun kumpulan penyanyi itu tampil berpakaian sopan.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pihak penganjur seolah kurang sensitif. Malah, ada netizen mengatakan mereka ‘faham’ apabila anak-anak tahfiz itu memalingkan pandangan ke tempat lain.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat persembahan kumpulan Dolla itu tidak keterlaluan dan pakaian yang ditampilkan juga sopan.
Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya 😭 pic.twitter.com/qZ79HmnFt1
— AE (@arfdy12) March 30, 2023