Wanita bawa mayat bapa saudara ke bank gara-gara nak buat pinjaman RM15,000

Wanita bawa mayat bapa saudara ke bank gara-gara nak buat pinjaman RM15,000

Wanita bawa mayat bapa saudara ke bank gara-gara nak buat pinjaman RM15,000. Viral di media sosial, video seorang wanita di Brazil mengejutkan ramai kerana dia membawa mayat bapa saudaranya ke bank untuk menandatangani pinjaman peribadi bernilai kira-kira 17,000 Reais (RM15,000).

Erika de Souza, yang dikenali sebagai wanita yang terlibat, membawa mendiang Paulo Roberto Braga dengan menggunakan kerusi roda.

Menurut laporan CBS News, kerani bank tersebut berasa curiga dengan wanita ini semasa urusan berlangsung kerana bapa saudaranya sudah pucat kekuningan.

Wanita bawa mayat bapa saudara ke bank gara-gara nak buat pinjaman RM15,000

Paulo dikatakan terkulai di atas kerusi roda, tetapi Viera berlaku seolah-olah tidak ada yang berlaku dan cuba menyelitkan pen ke dalam tangannya sebagai usaha menurunkan tandatangan.
Petugas bank yang curiga dengan tindakan Viera telah menelefon pihak polis untuk menangkap wanita tersebut.
Sudah 2 jam tidak bernyawa

Hasil siasatan mendapati bapa saudara Viera telah meninggal kira-kira 2 jam sebelum pergi ke bank.

Viera dituduh menyalahgunakan mayat Paulo dengan membawanya ke bank untuk kepentingan peribadi dan telah ditangkap oleh pihak polis.

Diketahui bahawa Viera telah menjaga Paulo semasa hidupnya.

Pihak polis yang menyiasat kes ini juga berkongsi bahawa mereka tidak pernah menghadapi jenayah seaneh ini dalam tempoh 2 tahun bertugas.

@cbsnews A Brazilian woman brought a 68-year-old man in a wheelchair into a bank branch and tried to get him to sign for a loan. Bank staff became suspicious and called the police, who said he had been dead for hours. Local media reported that the family’s lawyer disputed the account offered by police, saying “the facts did not happen as stated” and that the man has arrived at the bank alive. #brazil #news ♬ original sound – cbsnews

Baca Lagi:
“Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?”- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu ‘spam’ di group WhatsApp minta duit raya untuk anak
Misteri buang beras dan barangan dapur akhirnya terjawab
“Tok kadi buat tutorial lepas kahwin”- Tok kadi terpaksa angkat call isteri ketika nikahkan orang curi perhatian ramai
CATEGORIES