Misteri buang beras dan barangan dapur akhirnya terjawab

Misteri buang beras dan barangan dapur akhirnya terjawab

Misteri buang beras dan barangan dapur akhirnya terjawab. Beras dan barang-barang dapur yang dibuang di tepi jalan di Rumpun Makmur adalah milik peribadi bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, yang disimpan untuk memenuhi keperluan orang ramai di kawasan tersebut.

Ismail menyatakan bahawa barang-barang tersebut terpaksa dilupuskan kerana telah rosak dan tercemar serta tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Pada 5 April 2024, saya menerima aduan dari jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor penyimpanan barang-barang dapur tersebut, dan hasil siasatan di stor ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barang-barang dapur ini telah dicemari debu.\

Misteri buang beras dan barangan dapur akhirnya terjawab

“Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar, dan sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, manakala sebahagian lagi telah dilupuskan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, pembuangan beras dan barang-barang dapur di tepi jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum telah menjadi perbualan dalam media sosial, mengejutkan penduduk tempatan dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Menurut Ismail, beras dan barang-barang dapur ini adalah stok simpanan yang sentiasa disediakan untuk memenuhi permintaan orang ramai semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Katanya, pembelian barang-barang dapur ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang dan tidak berkaitan dengan peruntukan barang semasa tempoh Covid-19 atau persiapan hadapan menghadapi banjir.

“Barang-barang dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022, dan orang ramai mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada pemberian barang kepada orang awam dibenarkan.

“Saya mengambil tanggungjawab dan sangat menyesali perkara ini serta memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan dalam memantau cara pembuangan barang-barang dapur tersebut,” katanya.

Baca Lagi:
“Tok kadi buat tutorial lepas kahwin”- Tok kadi terpaksa angkat call isteri ketika nikahkan orang curi perhatian ramai
“Kami kahwin aturan keluarga, awal-awal mak dah tipu isteri aku, dah 2 tahun aku tunggu nak anak tapi isteri aku tetap tolak sebab takut kacau kerja dia sebagai pramugari”
Komen Tunku Azizah di video banglo mewah ‘retro’ di Bukit Tunku jadi perhatian ramai
CATEGORIES