“Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?”- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu ‘spam’ di group WhatsApp minta duit raya untuk anak

“Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?”- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu ‘spam’ di group WhatsApp minta duit raya untuk anak

“Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?”- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu ‘spam’ di group WhatsApp minta duit raya untuk anak. Syawal menjadi lebih meriah dan berwarna-warni dengan pemberian duit raya daripada rakan-rakan serta ahli keluarga.

Biasanya, duit raya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak, remaja, atau individu yang masih belum bekerja.

Walau bagaimanapun, melalui satu pendedahan di laman X, pengguna internet dikejutkan dengan sikap ‘tebal muka’ beberapa pihak yang meminta duit raya untuk kepentingan peribadi menggunakan alasan ‘rezeki anak’.

"Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?"- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu 'spam' di group WhatsApp minta duit raya untuk anak

Melalui tangkapan skrin yang disertakan, terdapat mesej dari ibu bapa dalam aplikasi WhatsApp meminta duit raya mewakili anak-anak mereka menggunakan kod QR.

Perlakuan yang kurang patut itu telah mendorong seseorang individu untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai amalan tersebut.

“Maaf jika terasa, tetapi kenapa ada yang sanggup bertalu-talu menghantar kod QR di WhatsApp meminta duit raya untuk anak-anak. Setiap hari mereka menghantarnya, dan selagi kita tidak memberi, selagi itu mereka meminta.”
“Kalau anda pergi beraya ke rumah orang, adakah anda akan meminta duit raya dengan tuan rumah?” Konsep duit raya ini seharusnya tidak perlu sehingga ke tahap merayu, jika seseorang itu ingin memberi, dia akan memberi.

“Berilah contoh yang baik kepada anak-anak. Menjaga air muka suami dan anggota keluarga yang lain. Jangan biasakan budaya meminta ini.

“Saya akan berbicara jujur, saya adalah seorang yang suka memberi tetapi saya cukup tidak gemar dengan golongan yang meminta seperti ini,” kata individu tersebut, menyuarakan rasa kesalnya.

Apabila menjelajah ke ruang komen, pengguna internet mengatakan bahawa amalan meminta duit raya secara digital semakin meningkat pada bulan Syawal tahun ini.

“Memang banyak yang meminta duit raya tahun ini. Antara skrip yang mereka gunakan dalam kumpulan keluarga… Assalamualaikum, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua keluarga. Siapa tahu ada yang bersedia untuk berkongsi rezeki duit raya dengan anak-anak.

“Saya memang tidak mengendahkan jenis permintaan seperti ini, saya hanya memberikan bluetick saja. Di dalam kumpulan Facebook, lagi banyak yang meminta duit raya, contoh ayat yang mereka gunakan… semoga ada rezeki untuk anak-anak, mari berkongsi rezeki dengan ikhlas hati.”

"Sejak bila raya jadi hari meminta sedekah?"- Individu dedah ada ibu bapa muka tak malu 'spam' di group WhatsApp minta duit raya untuk anak

“Kesian anak-anak nama dibawa jual, sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa pun. Ibu bapa yang terlalu mengharapkan wang, mungkin mereka dalam keadaan ekonomi yang teruk sehingga terdesak sedemikian.

“Jika ingin tahu, dalam keluarga besar saya, ada yang sudah berkahwin dan bekerja tetapi masih meminta duit raya, sungguh tidak malu,” kata sebahagian daripada pengguna internet.

Baca Lagi:
“Tok kadi buat tutorial lepas kahwin”- Tok kadi terpaksa angkat call isteri ketika nikahkan orang curi perhatian ramai
Puasa tak penuh ketika bulan Ramadan tapi buat puasa 6 Syawal, boleh ke? Ini penjelasan Mufti
Ketahui sebab adanya kilat ketika gunung berapi meletus
CATEGORIES